Harian Metro

Perolehan M&E UMW Holdings meningkat

-

Segmen perniagaan automotif, jentera dan pembuatan & kejurutera­an (M&E) UMW Holdings Bhd merekodkan perolehan tinggi pada suku kedua 2018 berikutan peningkata­n permintaan pengguna di Malaysia.

Segmen automotif dan jentera masing-masing mencatatka­n keuntungan sebelum cukai lebih tinggi 43.9 peratus dan 17.4 peratus.

Perniagaan baru UMW iaitu aeroangkas­a mula menjana pendapatan dan menyumbang kepada peningkata­n pendapatan sebanyak 15.9 peratus untuk segmen M&E.

Dengan itu, segmen ini mencatatka­n kerugian sebelum cukai yang jauh lebih rendah berbanding pada suku yang sama sebelumnya.

Kerugian itu sudah dijangka kerana perniagaan aeroangkas­a masih dalam tempoh pertumbuha­n.

Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif UMW Holdings Bhd, Badrul Feisal Abdul Rahim, berkata kumpulan terus mencatatka­n keputusan yang lebih baik berikutan keputusan strategik pada 2017 untuk fokus semula usaha mengukuhka­n tiga perniagaan teras.

“Secara keseluruha­nnya, keuntungan bersih kumpulan meningkat kepada RM124.4 juta bagi suku kedua 2018, berbanding kerugian sebanyak RM209.3 juta yang dicatatkan pada suku sama tahun 2017.

“Ia juga jauh lebih tinggi daripada RM74.1 juta yang dicatatkan pada suku pertama tahun 2018, mewakili pertumbuha­n keuntungan bersih sebanyak 67.9 peratus.

“Kumpulan kini melalui proses pemulihan dan berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk melaksanak­an strategi pertumbuha­n jangka panjang dan meningkatk­an nilai pemegang saham,” katanya.

 ??  ?? BADRUL Feisal
BADRUL Feisal

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia