Harian Metro

HERET, PUKUL, BAKAR

- Agensi

„ Dua lelaki mati selepas

150 penduduk kampung mengamuk, pecah lokap di balai

polis kerana berita palsu

Sekumpulan perusuh memecahkan lokap balai polis sebelum mengheret keluar dua lelaki yang kemudian dipukul dan dibakar hidup-hidup selepas tersebar khabar angin di media sosial yang mendakwa suspek cuba menculik kanak-kanak.

Dalam kejadian yang berlaku di kampung San Vicente Boqueron di Puebla pada Rabu lalu, kedua-dua lelaki itu yang dikenali sebagai Alberto Flores Morales, 53, dan Ricardo Flores Rodriguez, 21, mati dibakar.

Media tempatan melaporkan, kedua-dua lelaki berkenaan pada mulanya ditangkap polis kerana minum arak di tempat awam dan mengganggu remaja perempuan yang lalu-lalang.

Bagaimanap­un, khabar angin yang tersebar di media sosial mendakwa dua lelaki itu ditangkap kerana cuba menculik kanak-kanak di kampung itu.

Berita itu menyebabka­n penduduk kampung marah dan kira-kira 150 perusuh menyerbu balai polis lokasi suspek ditahan lalu memecahkan lokap sebelum menarik mereka keluar.

Mangsa kemudian ditumbuk, ditendang, diikat sebelum muka mereka dipijak-pijak oleh kumpulan perusuh.

Tidak cukup dengan itu, badan mereka dicurah dengan petrol lalu dibakar hidup-hidup.

Orang ramai yang berkumpul bersorak sambil merakamkan gambar dan video ketika api marak serta asap hitam berkepul-kepul kelihatan di depan balai polis berkenaan.

Sebuah kenderaan yang dipercayai milik mangsa turut dibakar kumpulan perusuh itu.

Tidak lama selepas kejadian itu pejabat pendakwa raya negeri memberitah­u khabar angin itu adalah palsu dan menyiasat pembunuhan kejam berkenaan.

Kementeria­n Keselamata­n Awam juga menyiasat kenapa anggota polis yang bertugas di balai itu tidak meminta bantuan atau berunding dengan penduduk yang berkumpul.

 ??  ?? ORANG ramai menggunaka­n telefon bimbit untuk merakam gambar dan video kedua-dua lelaki itu dibakar hidup-hidup. - Agensi
ORANG ramai menggunaka­n telefon bimbit untuk merakam gambar dan video kedua-dua lelaki itu dibakar hidup-hidup. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia