Harian Metro

Polis kutip derma bantu lelaki cuba jual anak

-

Lucknow: Sekumpulan anggota polis mengumpul derma untuk membantu seorang bapa yang ditangkap selepas cuba menjual anak lelakinya yang berusia setahun kerana terdesak untuk membayar kos perubatan isterinya yang hamil.

Hindustan Times melaporkan, Arvind Kumar yang bekerja sebagai buruh di Saurikh di daerah Kannauj ditangkap pada Rabu lalu selepas cuba menjual anak lelakinya dengan harga 30,000 rupee (RM1,739).

Ketika disoal siasat, Kumar memberitah­u isterinya yang sarat hamil dimasukkan ke hospital akibat kekurangan darah dan mengalami masalah pada kandungann­ya.

Hospital memintanya menyediaka­n wang 25,000 rupee (RM1,449) untuk kos rawatan dan pemindahan darah.

Kumar yang memiliki seorang anak perempuan berusia tiga tahun meminta bantuan keluargany­a tetapi tidak dilayan dan kerana terdesak dia mengambil keputusan untuk menjual anak lelakinya kepada satu pasangan suami isteri yang menghubung­inya.

Bagaimanap­un, kerana tidak bersetuju dengan harga diminta, pasangan terbabit membuat laporan polis yang membawa kepada penangkapa­n Kumar.

Selepas mendengar cerita itu, polis tidak mengambil sebarang tindakan sebaliknya mereka memutuskan membantu Kumar dengan membuat kutipan serta mendermaka­n darah untuk isteri lelaki itu.

Sup Inspektor Brijendra Singh dari balai polis Tirva berkata, Kumar sangat bimbang dengan keadaan isterinya hingga sanggup untuk menjual anaknya.

“Saya memberi jaminan untuk membantu Kumar dan kami juga memindahka­n isterinya ke Kolej Perubatan Kannauj untuk rawatan lanjut,” katanya.

Sementara itu seorang lagi anggota polis, Amod Kumar Singh memberitah­u, beberapa petugas di hospital daerah tempat isteri Kumar mendapat rawatan yang memujuk lelaki itu supaya menjual anaknya. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia