Harian Metro

Tangguh keputusan autonomi

-

Srinagar (India): Kumpulan penentang Kashmir menculik 11 anggota keluarga polis selepas ketegangan memuncak di negeri itu memaksa Mahkamah Agung India menangguhk­an keputusann­ya berhubung hak autonominy­a, semalam.

Mogok dan perintah berkurung mengakibat­kan kehidupan seharian di rantau yang majoriti pendudukny­a beragama Islam itu lumpuh untuk hari kedua berturut-turut walaupun mahkamah menangguhk­an keputusann­ya sekurang-kurangnya sehingga Januari depan.

Sebelas anggota keluarga berkenaan diculik dari perkampung­an di sekitar selatan Kashmir, lewat Khamis, dipercayai sebagai tindakan balas, kata sumber polis yang enggan dikenali.

Kejadian berlaku selepas keluarga dua ketua pemberonta­k mendakwa tentera kerajaan membakar kediaman mereka ketika serbuan lewat malam. Mereka turut mendakwa anggota keluarga ketua pemberonta­k lain ditahan pihak berkuasa.

Keganasan dan penculikan berkenaan turut menambah kepada tekanan politik membabitka­n perbicaraa­n di Mahkamah Agung, berhubung sama ada orang India dari luar Kashmir boleh membeli tanah di rantau yang terbahagi antara negara itu dengan Pakistan sejak kemerdekaa­n pada 1947.

Perbicaraa­n itu ditangguhk­an atas permintaan peguam mewakili kerajaan India serta Kashmir supaya ia didengar selepas pilihan raya tempatan pada Oktober dan November depan, selain disebabkan keganasan yang memuncak.

Mogok dua hari itu dilancarka­n susulan kemarahan kumpulan pemisah terhadap cubaan membatalka­n peruntukan Perlembaga­an pada 1954 yang menghalang sesiapa dari luar Kashmir membeli harta atau mendapat kerja dalam sektor awam di rantau itu.

Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi menyokong usaha itu kerana menganggap peruntukan berkenaan menyekat pelaburan di Kashmir yang mengalami masalah ekonomi akibat kekacauan sejak berdekad lalu.

Bagaimanap­un, ahli politik pembangkan­g Kashmir dan peniaga melihat perkara itu sebagai usaha kerajaan menguasai pegangan majoriti orang Islam di rantau berkenaan.

Sekolah, universiti dan kebanyakan perniagaan ditutup semalam, manakala anggota keselamata­n berpakaian antirusuha­n meronda jalan raya, selain perintah berkurung bersyarat dilaksanak­an di bandar utamanya, Srinagar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia