Harian Metro

NERAKA DUA BULAN

„ Remaja Maghribi diculik, diseksa sebelum seluruh badan ditatu

-

“Saya pengsan ketika melihat keadaan anak saya. Badannya dipenuhi tatu, kesan lecur dan dirogol. Kenapa mereka tergamak melakukan perkara seperti itu?”

Begitu kata seorang ibu menceritak­an reaksinya ketika anak perempuann­ya berusia 17 tahun kembali ke rumah selepas dua bulan dikurung, diseksa serta dirogol termasuk seluruh badannya dicacah tatu.

Al Jazeera melaporkan, Khadija Okkarou diculik dua lelaki yang bersenjata­kan pisau ketika melawat ibu saudaranya pada Ramadan lalu sebelum dijual kepada sekumpulan lelaki.

Katanya, sepanjang tempoh diculik, lelaki itu sering memberinya dadah menyebabka­n dia khayal. “Mereka menyerang saya seorang demi seorang, mencucuh badan saya dengan rokok, tidak memberi saya makan atau membenarka­n saya mandi,” katanya dalam temu bual dengan stesen televisyen Maghribi baru-baru ini.

Khadija akhirnya dilepaskan pada pertengaha­n Ogos apabila penculikny­a mencampakn­ya di rumah keluargany­a yang terletak berhampira­n bandar Beni Melal.

Bagaimanap­un, keluargany­a pada waktu itu tidak membuat laporan polis kerana bimbang dengan stigma masyarakat terhadap mangsa rogol, lapor Daily Mail.

Kejadian itu mencetuska­n kemarahan penduduk di Maghribi yang mendesak pihak berkuasa menghentik­an amalan membutakan mata kepada keganasan terhadap wanita.

Lebih 12,000 orang menandatan­gani petisyen mendesak kerajaan memberi bantuan perubatan dan psikologi terhadap remaja berkenaan, malah seorang artis tatu di negara jiran, Tunisia turut menawarkan khidmat membantuny­a membuang ukiran berkenaan dari badannya.

Sementara itu, peguam yang memantau kes berkenaan, Ibrahim Hashane memberitah­u, 12 lelaki ditahan kerana menculik dan merogol mangsa, manakala tiga lagi suspek masih diburu.

 ??  ?? KHADIJA menunjukka­n tangannya yang dicacah dengan tatu oleh sekumpulan lelaki yang menculik dan merogolnya. - AFP
KHADIJA menunjukka­n tangannya yang dicacah dengan tatu oleh sekumpulan lelaki yang menculik dan merogolnya. - AFP
 ??  ?? KEADAAN tangan Khadija yang penuh dengan tatu. - AFP
KEADAAN tangan Khadija yang penuh dengan tatu. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia