Harian Metro

BADI PUSINGAN KEDUA

- Reuters

Pilihan kedua Caroline Wozniacki tersingkir daripada Terbuka AS selepas kalah mengejut 4-6, 2-6 di tangan pemain Ukraine, Lesia Tsurenko semalam apabila pemain Denmark itu sekali lagi kecundang pada pusingan kedua di Flushing Meadows.

Kekalahan itu yang kedua berturut-turut buat Caroline, naib juara Terbuka AS

(gambar)

New York: Roger Federer akan berdepan Nick Kyrgios pada pusingan ketiga Terbuka Amerika Syarikat hari ini.

Pilihan kedua yang juga juara lima kali itu merakam kemenangan ke-18 selepas menewaskan pemain Perancis, Benoit Paire 7-5, 6-4, 6-4 semalam.

Federer, 37, yang kini mendahului rekod pertemuan 2-1 sepanjang karier menentang Kyrgios dan aksi hari ini pasti sengit.

Kyrgios, 23, pula mara ke dua kali dan juara Terbuka Australia tahun ini yang gagal melepasi peringkat itu.

Pusingan kedua bagaikan badi buat Caroline apabila bekas pemain nombor satu dunia itu menang sekali selepas Eastbourne pada Jun lalu, kalah pada pusingan kedua di Wimbledon juga di Montreal dan Cincinnati.

“Saya rasa saya berlatih dengan baik, bermain dengan baik sebelum kejohanan ini,” kata Caroline.

“Jelas sekali ia bukan satu persediaan yang baik.

“Biasanya saya bermain lebih banyak perlawanan dan mudah mendapat rentak tapi saya rasa tidak melakukann­ya dengan sebaik mungkin.

“Dia (Lesia) bermain dengan baik dan saya cuba mencari apa saya yang mampu

lakukan tapi tidak menjadi.”

Selepas penyingkir­an pemain nombor satu dunia Simona Halep pada pusingan pertama, juara bertahan Sloane Stephens menjadi pemain terbaik yang tinggal selaku pilihan ketiga kejohanan.

Lesia, yang aksi terbaiknya di Grand Slam adalah mara ke kelompok 16 terbaik di Flushing Meadows pada 2016 akan menentang pemain Republik Czech, Katerina Siniakova yang menewaskan pemain Australia, Ajla Tomljanovi­c 6-3, 6-7

(3/7), 7-6 (7/4).

„ Caroline tersingkir awal di Terbuka AS

selepas tewas mengejut kepada Lesia

 ??  ?? LESIA
LESIA
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia