Harian Metro

LAMBAIAN OLD TRAFFORD

Ronaldo bakal berdepan bekas majikan dalam aksi Liga Juara-Juara musim ini

-

Cristiano Ronaldo kini boleh berharap untuk kembali ke Old Trafford dalam aksi Liga Juara-Juara musim ini selepas pasukan baharunya, Juventus diundi bersama Manchester United dalam Kumpulan H, awal pagi semalam.

Ronaldo bagaimanap­un tidak berada di Monaco ketika undian itu biarpun dicalonkan menerima anugerah individu, menghabisk­an masa selepas enam tahun di United, memenangi gelaran Liga Juara-Juara pada 2008 sebelum berpindah ke Real Madrid pada 2009.

Dia akan menentang bekas jurulatihn­ya Jose Mourinho yang pernah mengendali­kan Real sementara pemain tengah United, Paul Pogba turut berharap dapat berdepan dengan bekas pasukannya itu.

United akan melayan kunjungan Juventus pada 23 Oktober sebelum aksi kedua di Turin pada 7 November.

Biarpun kedua-dua pasukan itu menjadi pilihan untuk mara ke saingan 16 terbaik dari Kumpulan H, mereka perlu berhati-hati dengan saingan Valencia yang kembali memberi saingan untuk kali pertama selepas tiga tahun.

Juara Switzerlan­d, Young Boys akan membuat penampilan pertama dilihat akan menjadi tumpuan akan bertemu United pada perlawanan pembukaan 19 September ini.

“Ia satu kumpulan yang boleh ditangani tapi semua terpulang kepada kami. Nasib kami berada dalam tangan kami sendiri,” kata ketua pegawai eksekutif Juve, Giuseppe Marotta sejurus undian.

Pada sesi undian di Grimaldi Forum Monaco, Kumpulan C turut menarik perhatian apabila membariska­n naib juara tahun lalu Liverpool, Paris Saint-Germain, Napoli dan Red Star Belgrade.

Pertemuan antara Liverpool dan PSG menjadi klimaks apabila mempertemu­kan semula dua pengendali dari Jerman, Juergen Klopp dan penggantin­ya di Borussia Dortmund, Thomas Tuchel.

“Saya menjangkak­an ia satu kumpulan yang sukar dan itulah sebenarnya cabaran Liga Juara-Juara,” kata Klopp yang akan menerima kunjungan PSG pada perlawanan pertama 18 September ini.

Carlo Ancelotti yang mengendali Napoli akan kembali ke ibu negara Perancis yang menyaksika­n beliau mengemudi PSG memenangi gelaran liga pada 2013.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia