Harian Metro

BILA NAK GOL?

„ Firmino harap lenyap kemarau jaringan berdepan Leicester

-

Roberto Firmino berusaha menamatkan kemarau gol apabila Liverpool bertemu Leicester malam ini biarpun pengurus Juergen Klopp tidak bimbang kemerosota­n prestasi pemain itu.

Bintang skuad kebangsaan Brazil itu membentuk satu formasi terbaik di bahagian serangan dalam aksi bola sepak Eropah sepanjang 12 bulan lalu bersama gandingann­ya Mohamed Salah dan Sadio Mane.

Pemain berusia 26 tahun itu menandatan­gani perjanjian bernilai

£29 juta (RM155.3 juta) dari Hoffenheim tiga tahun lalu meneruskan rentak menakjubka­n bersama Liverpool apabila mencatat tiga kemenangan aksi liga tanpa bolos setakat ini.

Biarpun meledak 27 gol musim lalu, Firmino masih memburu gol pertamanya musim ini ketika Liverpool kini gah di carta liga sebagai pendahulu Liga Perdana Inggeris.

Penyerang itu masih belum menemui sentuhan jaringan buat barisan bimbingan Klopp sepanjang lapan perlawanan lalu dan hanya berjaya menjaringk­an satu gol dalam aksi Liga Perdana dalam 10 penampilan­nya yang lalu.

Namun, Firmino dilihat antara salah satu sebab utama mengapa Salah mampu meneruskan aksi luar biasa musim lalu dengan 44 gol dalam semua pertanding­an.

Pengendali Liverpool itu mengakui, beliau tidak bimbang dengan aksi Firmino yang beraksi di Piala Dunia sebelum ini biarpun Brazil tersingkir pada suku akhir.

“Dia hanya mempunyai tempoh dua minggu untuk pramusim yang menyaksika­n ia sebenarnya tempoh yang agak pendek buat pemain yang memerlukan kecergasan fizikal seperti Firmino tapi saya sangat gembira,” kata Klopp.

“Selepas menempuh persediaan selama dua minggu dan cuti di Brazil, dia lebih tajam dan lebih baik daripada apa yang saya jangkakan.

“Ini sebenarnya yang dia perlukan ketika ini dan dia mampu menjadi lebih baik seperti kami yang boleh terus memperbaik­i kelemahan,” katanya.

 ??  ?? FIRMINO resah belum meledak jaringan buat Reds musim ini.
FIRMINO resah belum meledak jaringan buat Reds musim ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia