Harian Metro

PKNS mahu rantai Syahrul, Gopi

- Rodly Fadly sukanteam@nstp.com.my

Lumpur: Benteng pertahanan PKNS FC perlu merantai pemain sayap Melaka United, Syahrul Azwari Ibrahim dan R Gopinathan kerana mereka menjadi ancaman utama apabila kedua-dua pasukan bertarung pada aksi Kumpulan B Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, malam ini.

Ingatan itu diberikan oleh pemain tengah, Mahali Jasuli

berdasarka­n pengalaman berdepan pasukan itu pada aksi pusingan pertama, 11 Ogos lalu yang menyaksika­n PKNS perlu bangkit untuk mengikat kedudukan 3-3 selepas ketinggala­n 0-3.

“Senjata utama Melaka terletak pada kedua-dua pemain itu yang kerap mengucar-ngacirkan pertahanan dengan larian pantas serta membuat hantaran tepat untuk penyerang import mereka melakukan tindakan penyudah.

“Jadi, barisan pertahanan kami perlu sentiasa fokus dan bekerja keras untuk menyekat mereka kerana sebarang kealpaan atau kesilapan boleh membawa padah.

“Apatah lagi penyerang import Melaka (Ifedayo Olosegun) seorang yang licik dan

(gambar)

bijak memanfaatk­an peluang terutama jika dibiarkan mendapat ‘bekalan’ selesa daripada kedua-dua pemain sayap itu,” kata Mahali.

Pada masa sama, Mahali juga berharap mereka tidak mengulangi aksi pada pertemuan lalu apabila mensia-siakan banyak peluang sebaliknya membiarkan Melaka men-

dahului 3-0.

Dalam perlawanan itu PKNS bangkit pada hujung permainan, menjaringk­an tiga gol pada minit 87, 91 dan 93 untuk memadam tiga jaringan Melaka yang dihasilkan pada minit ke-9, 72 dan 79.

“Kami perlu mengelak situasi ini daripada berulang kerana jika berlaku lagi belum tentu kami mampu bangkit. Oleh itu, kami perlu mencari gol awal tanpa men- setiap peluang yang datang,” katanya.

Pengendali Pahang, Dollah Salleh mengakui biarpun Selangor sudah terkeluar daripada perebutan slot suku akhir Piala Malaysia, tetapi Pahang tidak boleh memandang mudah apabila bertemu pelawat di Stadium Darul Makmur, malam ini.

Justeru, bekas pemain kebangsaan itu menuntut aksi lebih mantap terutama ketajaman jentera serangan dapat dipersemba­hkan untuk meraih tiga mata bagi mengesahka­n tempat ke suku akhir.

“Tiga mata amat penting untuk menjadikan tugas lebih mudah apabila bertemu Sabah pada perlawanan terakhir Kumpulan D pada 16 September depan.

“Sebaiknya kami tidak bosia-siakan

(gambar)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia