Harian Metro

Skuad B-23 berdepan pasukan lebih hebat

-

kali ada perubahan dalam perkembang­an bola sepak negara, kita diheret semula dengan keputusan yang menimbulka­n lebih banyak persoalan daripada jawapan. Tahun ini, kita gembira apabila pasukan negara bertindak cemerlang pada Kejohanan Bawah 23 Tahun AFC Januari lalu dan baru-baru ini, pada Sukan Asia 2018 Jakarta Palembang.

Namun setiap kali pula kita mematikan enjin kerana terpaksa berdepan dengan Mongolia, Bhutan dan Fiji. Tiga pasukan ini lebih rendah tahap berbanding Iraq, Jordan, Arab Saudi serta Korea Selatan yang menjadi lawan di China pada Januari lalu. Walaupun empat pasukan itu hanya skuad B-23 tetapi persaingan dan tahapnya jauh lebih baik berbanding Mongolia, Bhutan dan Fiji.

Ini bermakna kita tidak dapat langsung manfaat daripada perlawanan menentang Mongolia dan Bhutan. Jelas agenda bola sepak tidak diambil berat tetapi agenda Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengejar ranking lebih penting.

Kini pula, selepas keghairaha­n Sukan Asia, dengan persembaha­n yang membuktika­n bola sepak Malaysia sudah boleh melayan taktik serta strategi yang fleksibel, kita terpaksa melayan Taiwan dan Kemboja.

Dua pasukan ini tidak setanding dengan pasukan B-23 yang menjadi pesaing kita di Sukan Asia. Taiwan dan Kemboja dengan skuad senior masih lagi berada di tahap lebih rendah berbanding Kyrgyzstan, Bahrain, Korea Selatan dan Jepun.

Kesimpulan­nya, skuad B-23 negara sentiasa menentang pasukan yang jauh lebih hebat berbanding senior.

Inilah satu lagi sebab mengapa pemain dari pasukan B-23 harus memegang tanggungja­wab sebagai pemain skuad senior.

Sementara itu, Singapura mendahului Malaysia 9-1 dalam senarai pemain yang beraksi di luar negara. Ketua jurulatih mereka, Fandi Ahmad memanggil Hassan Sunny dari Army United, Izwan Mahbud (Nongbua Pitchaya), Baihakki Khaizan (Udon Thani), Zulfahmi Ariffin (Chonburi) dan Gabriel Quak (Navy FC). Kelima-lima pemain ini beraksi di Thailand.

Senarai empat lagi pemain yang beraksi di Malaysia pula diketuai Hariss Harun (JDT), Safuwan Baharudin (Pahang), Faris Ramli (PKNS FC) dan Shahdan Sulaiman (Melaka United).

Manakala, pasukan negara hanya mempunyai Shahrel Fikri Fauzi dari kelab Nakhon Ratchasima FC di Thailand.

Kekuatan mental serta karakter pemain bola sepak Singapura yang tidak segan meninggalk­an “zon selesa” sudah tentu ada kaitan dengan khidmat negara yang wajib di negara itu.

 ??  ?? KETUA pasukan negara, Baddrol Bakhtiar (kiri) diasak pertahanan Jepun pada pusingan kedua Sukan Asia.
KETUA pasukan negara, Baddrol Bakhtiar (kiri) diasak pertahanan Jepun pada pusingan kedua Sukan Asia.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia