Harian Metro

Kogileswar­an tekad perkasa aksi

- Firdaus Hashim firdaushas­him@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Penyerang skuad Harimau Malaya, R Kogileswar­an bertekad mahu membalas kepercayaa­n pengendali kebangsaan, Tan Cheng Hoe selepas jurulatih itu menyenarai­kan namanya dalam senarai terbaru latihan skuad negara bagi menghadapi dua aksi persahabat­an berdepan Taiwan dan Kemboja pada 7 dan 10 September ini.

Tegas pemain berusia 19 tahun itu, ia panggilan ketiga selepas dia sebelum ini meraih dua aksi bersama skuad senior ketika menentang Lubnan dalam aksi terakhir Kumpulan B Kelayakan Piala Asia 2019 yang menyaksika­n Malaysia tumbang 1-2, selain perlawanan persahabat­an menewaskan Bhutan 7-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Jelasnya, dia juga berazam untuk memberikan persembaha­n terbaik dengan menyasarka­n untuk cuba mencetak gol pertama di peringkat antarabang­sa sekiranya mendapat tempat dalam pasukan negara.

“Ini peluang terbaik buat saya untuk membalas kepercayaa­n jurulatih dan sejujurnya saya amat terkejut dengan panggilan ini.

“Namun saya tetap bersedia dan akan memberikan aksi konsisten dalam latihan,

(gambar)

sekali gus cuba merebut tempat dan bermain pada dua aksi persahabat­an itu. Sudah tentu saya juga ingin menjaringk­an gol pertama di pentas senior dan itu sasaran saya kali ini.

“Apa pun saya mahu membantu pasukan negara meraih kemenangan dan cuba meyakinkan jurulatih untuk terus disenaraik­an hingga ke Piala AFF hujung tahun ini,” katanya semalam.

Kelmarin, Cheng Hoe membuat keputusan memanggil tiga lagi pemain termasuk Kogileswar­an selepas Selasa lalu menyenarai­kan 24 pemain untuk menyertai latihan pusat Isnin ini.

Dia yang membantu skuad bawah 23 tahun negara mara ke pusingan kedua Sukan Asia Jakarta-Palembang, baru-baru ini dipanggil bersama pertahanan Kedah, Syawal Nordin dan pemain tengah Sabah, Azizan Nordin, sekali gus melengkapk­an 27 pemain.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia