Harian Metro

TUMPU FINAL

-

„ Van Huizen tidak mahu anak buah terbuai dengan kejayaan

membenam India, fokus perlawanan akhir bertemu Jepun

Jakarta: Kapten pasukan hoki lelaki kebangsaan, Sukri Mutalib menyifatka­n semangat juang tinggi yang ditampilka­n rakan sepasukann­ya adalah kunci kejayaan menumbangk­an juara bertahan, India untuk mara ke final Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018.

Sukri berkata, sifat tidak mudah mengalah selain kesanggupa­n bermain bermati-matian sejak permainan bermula memberi keyakinan kepada pemain untuk mengatasi juara Piala Asia 2017 itu pada separuh akhir di sini malam kelmarin.

“Kita hanya percaya kepada kemampuan rakan sepasukan dan apa saja strategi yang dirangka jurulatih. Kemenangan ini juga terhasil kerana komitmen tinggi serta keberanian yang luar biasa ditunjukka­n semua pemain.

“Pada perlawanan itu kami lebih berdisipli­n dalam padang… kami sudah banyak kali menonton cara permainan pantas mereka pada saingan kumpulan jadi kami sudah tahu macam mana nak mengimbang­i perlawanan dan berhadapan dengan bola yang laju,” katanya.

Sukri mengakui persiapan bagi menghadapi pemenang pingat emas Sukan Asia tiga kali itu dilakukan penuh rapi hingga ke saat-saat akhir.

“Saya tak nafikan tekanan

(gambar)

begitu tinggi hari ini dan semalam hinggakan sebelum turun beraksi hari ini kami masih lagi duduk berbincang mengenai strategi. Selepas makan tengah hari tadi, semua pemain dan barisan jurulatih berkumpul bagi menyiapkan segalanya yang perlu untuk pasukan,” katanya.

Mengulas lanjut, dalam misi merangkul pingat emas sekali gus menempah tiket automatik ke Sukan Olimpik Tokyo 2020, Sukri berkata, persembaha­n positif dan bertenaga ini akan diteruskan dalam aksi final malam ini.

“Kami akan kekalkan rentak permainan dan disiplin ini hingga ke final untuk menyempurn­akan sasaran membawa pulang pingat emas,” ujarnya.

Sebagai rekod, Malaysia tidak pernah memenangi pingat emas dalam acara hoki lelaki sepanjang penyertaan pada Sukan Asia de- akan berpindah ke kejohanan lain.

Pencapaian terbaik skuad negara di Sukan ngan pencapaian terbaik meraih pingat perak pada edisi 2010 di Guangzhou, selepas dikecewaka­n Pakistan 0-2. - BERNAMA Asia adalah meraih perak pada 2010 di Guangzhou dengan Van Huizen turut menjadi ketua ju- rulatih ketika itu.

Sementara itu, jurulatih Jepun dari Belanda, Siegfried Aikman menganggap ia peluang seumur hidup buat anak buahnya untuk meraih pingat emas Sukan Asia.

“Kami sudah layak sejauh ini dan sekalipun kami pasti mendapat tempat di Olimpik, ia tidak menghalang niat kami untuk menang.

“Pemain membuktika­n keinginan kuat mereka untuk menang pingat emas Sukan Asia dan ini peluang sekali seumur hidup buat mereka.

“Kami tetap menghormat­i Malaysia kerana mereka mempunyai pakar sudut penalti dan di pintu gol S Kumar amat berpengala­man.

“Jelas Malaysia pilihan utama tapi kami tidak akan memberi laluan mudah buat mereka,” katanya.

 ??  ?? KETUA kontinjen Negara, Datuk Abdul Azim Mohd Zabidi (tengah) bersama skuad hoki negara meraikan kemenangan selepas penentuan penalti menentang India, malam kelmarin.
KETUA kontinjen Negara, Datuk Abdul Azim Mohd Zabidi (tengah) bersama skuad hoki negara meraikan kemenangan selepas penentuan penalti menentang India, malam kelmarin.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia