Harian Metro

FAUZI UNGGUL

-

„ Sumbang emas keenam negara menerusi kelas

laser 4.7 terbuka

Pada usia 16 tahun, Fauzi Kaman Shah sekali lagi mencuri tumpuan apabila menghadiah­kan pingat emas tunggal dalam acara pelayaran di Pusat Pelayaran Kebangsaan Indonesia dekat Ancol, semalam.

Fauzi juga penyumbang emas termuda pada temasya Sukan SEA Singapura 2015 menerusi acara Optimist.

Dia melakukann­ya sekali lagi apabila mengunggul­i saingan kelas Open Laser 4.7 sejak hari pertama pada penampilan sulung di Sukan Asia.

“Saya amat gembira kerana berjaya merealisas­ikan impian mencari emas di sini,” katanya yang berasal dari Kedah.

Fauzi bagaimanap­un tampak masih belum puas kerana acara disertainy­a tidak termasuk dalam acara Olimpik dan sedang menimbang untuk menukar acara bagi membolehka­nnya beraksi pada temasya terbesar di dunia itu.

“Selepas ini saya akan menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) Perak terlebih dulu dan Insya-Allah menghantar keluarga mengerjaka­n umrah.

“Saya perlu memikirkan beberapa perkara lagi sebelum menukar kelas terutama membabitka­n berat badan saya,” katanya.

Kejayaan Fauzi turut diiringi dengan satu lagi pingat perak dan dua gangsa dalam acara pelayaran.

Perak diraih Khairulniz­am Afendy dalam acara Laser Standard lelaki yang membolehka­nnya turut layak ke ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Nur Shazrin Latif turut meraih gangsa dalam acara Laser Radial seterusnya layak Olimpik.

Dua lagi gangsa dikutip dalam acara 470 wanita menerusi Nuraisyah Jamil dan Norashikin Mohamad Sayed serta acara Mix RS One yang disumbangk­an Illham Wahab serta Nuur Fatin Solehah Abdul Rahman. Jakarta: Harapan disandarka­n dalam acara skuasy berpasukan wanita untuk mempertaha­nkan emas edisi 2014 tidak kesampaian apabila kecundang kepada India 0-2, semalam.

Tampil dengan harapan menggunung kepada jaguh negara, Datuk Nicol David sebagai perseorang­an pertama tidak kesampaian apabila dia kecundang dalam aksi lima set.

Lawannya, Joshna Chinappa bermain dengan cemerlang apabila memenangi dua set awal 12-10, 11-9 sebelum Nicol mempamerka­n kebangkita­n memenangi dua set berikutnya 11-6, 12-10.

Set penentuan bagaimanap­un tidak memihak kepada Nicol apabila lawan kembali bertenaga untuk meraih kemenangan

11-9.

 ??  ?? FAUZI
FAUZI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia