Harian Metro

TONG GAS BAWAH KANVAS

- Abdul Rahemang Taiming cnews@nstp.com.my

PPM Tawau tahan lelaki seludup LPG ke Indonesia

Pasukan Polis Marin Tawau menahan seorang lelaki tempatan ketika cuba menyeludup keluar 25 tong gas petroleum cecair (LPG) ke Indonesia menggunaka­n sebuah bot melalui muara Sungai Pukul, dekat sini, petang kelmarin.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Wilayah 4 Tawau, Deputi Superinten­dan Mohd Nazri Ibrahim berkata, lelaki berusia 28 tahun itu ditahan sepasukan anggota yang menjalanka­n rondaan Op Gelora di perairan berkenaan pada jam 3.45 petang.

Katanya, bot laju dikendalik­an suspek dipintas sebelum pemeriksaa­n menemui barangan seludup itu dipercayai cuba dibawa keluar ke negara jiran.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati ada 16 tong gas PETRONAS bernilai RM4,000 dan sembilan tong gas MyGaz bernilai RM2,250 disorok di sebalik kanvas dalam bot berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Mohd Nazri berkata, suspek juga gagal menunjukka­n sebarang dokumen pemilikan sah daripada pihak berkuasa untuk membawa barangan kawalan terbabit.

Bot digunakan suspek bersama satu enjin sangkut 40 kuasa kuda turut dirampas dengan nilai keseluruha­n rampasan dianggarka­n berjumlah RM26,050.

Beliau berkata, suspek dan hasil rampasan dibawa ke

Pangkalan PPM Marin Tawau untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang dibaca bersama Perkara 3 (1) Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974.

 ?? Mohd Nazri Ibrahim ?? Suspek gagal menunjukka­n sebarang dokumen pemilikan sah daripada pihak berkuasa untuk membawa barangan kawalan terbabit” ANGGOTA PPM Tawau menahan lelaki tempatan cuba seludup tong gas LPG dalam Op Gelora.
Mohd Nazri Ibrahim Suspek gagal menunjukka­n sebarang dokumen pemilikan sah daripada pihak berkuasa untuk membawa barangan kawalan terbabit” ANGGOTA PPM Tawau menahan lelaki tempatan cuba seludup tong gas LPG dalam Op Gelora.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia