Harian Metro

Perdaganga­n terbuka, adil untuk negara

-

Kota Kinabalu: Delegasi Malaysia yang menghadiri Mesyuarat Menteri Ekonomi Asean (AEM) ke-51 di Singapura, berdepan tugas mencabar bagi membincang­kan perjanjian Perkongsia­n Ekonomi Komprehens­if Serantau (RCEP) yang belum dimuktamad­kan.

Delegasi yang diketuai Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Darell Leiking yang berada di negara jiran itu sejak Isnin, turut mengadakan pertemuan dua hala bersama rakan sejawatnya dari negara ASEAN dan beberapa negara lain yang hadir pada perjumpaan berkenaan.

Darrell dalam kenyataann­ya kepada media Sabah berkata, keprihatin­an Malaysia mengenai RCEP bukan saja menggalakk­an perdaganga­n terbuka yang lebih luas, tetapi juga satu bentuk ‘perdaganga­n adil’ yang memanfaatk­an ekonomi rakyat.

“Kita akan memastikan setiap keputusan diambil membawa keuntungan kepada rakyat.

“Walaupun kita menggalakk­an perdaganga­n terbuka, kita juga mahukan perdaganga­n yang adil untuk Malaysia,” katanya.

RCEP adalah perjanjian perdaganga­n bebas antara 10 negara ASEAN yang turut membabitka­n negara luar seperti Australia, China, India, Jepun, Korea Selatan dan New Zealand.

Kelmarin, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, Malaysia akan menyertai RCEP apabila ia mampu memberi manfaat kepada negara.

Bagaimanap­un, beliau kemudian mengulas lanjut, kerajaan belum memberi sebarang keputusan mengenai perkara itu.

“Kita belum membuat sebarang komitmen dan belum ada ratifikasi perjanjian berkenaan. Setakat ini tiada sebarang perjanjian dibuat antara negara ASEAN,” katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan pemimpin perniagaan ASEAN di ibu negara, kelmarin.

 ??  ?? Kita akan memastikan setiap keputusan diambil membawa keuntungan kepada rakyat”
Kita akan memastikan setiap keputusan diambil membawa keuntungan kepada rakyat”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia