Harian Metro

RAHSIA LOGO

- Khalid Latip cnews@nstp.com.my

„ Jenama kemeja-T trending hasil inspirasi kod telefon wilayah tengah Bumi Kenyalang

Di sebalik populariti kemeja-T Zero084 yang kini trending di Sarawak, mungkin tidak ramai menyangka penghasila­n jenama itu berinspira­sikan kod telefon wilayah tengah Bumi Kenyalang.

Usahawan, Mohd Nizam Yakup, 45, yang mencipta jenama unik berkenaan berkata, selain inspirasi itu, ia turut didorong minatnya mengumpul kemeja-T sejak di bangku sekolah, terutama koleksi sukar diperoleh di pasaran.

Katanya, idea untuk menghasilk­an jenama itu timbul daripada minat dan hobi selain dimantapka­n dengan gabungan idea bersama tiga rakan karib, Yazid Yakup, 35, Wan Fouzrilth Dobby Wan Sadi, 33, dan Bob Irwan Ayub, 35, sehingga tercetusny­a jenama Zero084.

“Baju yang kami hasilkan nampak ringkas, tetapi ada makna tersirat di sebalik logo dan perkataan itu,” katanya ketika ditemui NSTP di sini, semalam.

Nizam berkata, Zero084 sebenarnya diambil daripada kod nombor telefon bagi Sibu, Mukah, Kapit, Sarikei dan kawasan tengah Sarawak.

“Angka 084 tertera di belakang baju itu adalah nombor wajib yang menjadi kod komunikasi penting bagi penduduk tiga kawasan berkenaan. Malah, nombor itu pernah menyimpan pelbagai kenangan pahit dan manis kepada pengguna telefon sebelum wujudnya era telefon bimbit.

“Baju ini juga melambangk­an tempat asal pemiliknya dan kerana itulah kami menjadikan Zero084 sebagai satu jenama khas dan istimewa untuk penggemar kemeja-T. Selain warna putih, kami mengeluark­an Zero084 dalam versi hitam yang mempunyai lakaran berbeza,” katanya.

Dia berkata, semua baju itu dicetak khas di BB Wear Printing, syarikat cetakan baju milik Bumiputera terkemuka di Sibu.

“Zero084 adalah jenama yang tidak ada di tempat lain kecuali Sibu. Justeru, sesiapa pun yang memakainya pasti akan berasa bangga,” katanya.

 ??  ?? MOHD Nizam (kiri) bersama rakan di pesta Tapak BCF Sibu.
MOHD Nizam (kiri) bersama rakan di pesta Tapak BCF Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia