Harian Metro

SEMANGAT SI CILIK

- Suzianah Jiffar dan Olivia Miwil cnews@nstp.com.my

Aubryeand Kingsten Jusit Andy, 8, atau dikenali sebagai Ben, sanggup bangun seawal jam 4 pagi untuk bersiap bagi meraikan sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri di Dataran Bandaraya, semalam.

Menariknya, Ben bukan sekadar meraikan sambutan Hari Kebangsaan, malah turut sama menyertai perbarisan bagi mewakili subetnik Murut Nabawan.

Lengkap berpakaian tradisiona­l Murut dari Nabawan yang dikenali sebagai sampoi dengan sinulatan atau lalandau (topi), Ben menjadi peserta termuda bersama 35 ahli kumpulan lain, berarak sambil menari tarian ‘alang kalawon’ atau tarian pahlawan pada sambutan berkenaan.

“Saya sudah ikut berarak mewakili etnik Murut sejak berusia empat tahun. Saya mahu menyertai perarakan ini untuk menyambut hari kemerdekaa­n.

“Rasa seronok ikut berarak sambil menari dengan memakai pakaian tradisiona­l memang ‘siok’ (seronok) walau panas sebab ramai yang tepuk tangan. Saya tidak rasa takut,” katanya kepada NSTP di sini, semalam.

Ben, murid tahun dua Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Nabawan, memakai pakaian tradisiona­l milik turun-temurun keluargany­a, adalah anak bongsu daripada empat beradik dan juga anak lelaki tunggal.

Sementara itu, bapanya, Andy, 44, berkata, dia membawa Ben menyertai perarakan sempena perbarisan sebanyak tiga kali termasuk tahun ini.

“Saya mahu anak saya tahu erti kemerdekaa­n, sebab itu saya bawa Ben dan kebetulan dia memang minat menari.

“Sebenarnya, kami sekeluarga di Kampung Susulad, Sook setiap tahun meraikan sambutan Hari Kebangsaan.

“Kami raikan bersama keluarga lain di kampung bagi memperinga­ti hari kemerdekaa­n negara,” katanya yang juga kakitangan kerajaan selain guru tarian.

Sementara itu, lima sekeluarga memakai kemeja-T Jalur Gemilang bagi memeriahka­n sambutan kemerdekaa­n.

Ben peserta termuda berarak menari tarian ‘alang kalawon’

 ??  ?? BEN ketika menyertai Majlis Perbarisan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2018 ddi Dataran Bandaraya, semalam.
BEN ketika menyertai Majlis Perbarisan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2018 ddi Dataran Bandaraya, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia