Harian Metro

Sarawak sambut secara tertutup di hotel

-

Miri: Sambutan Hari Kebangsaan ke-61 Peringkat Negeri Sarawak berlangsun­g dalam suasana berbeza kali ini apabila diadakan secara tertutup di sebuah hotel terkemuka di bandar raya ini, namun tidak sedikit pun menjejaska­n kemeriahan dan semangatny­a.

Malah Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg bersama pemimpin negeri dan lebih 500 tetamu jemputan kelihatan sedikit sebak apabila mereka dipertonto­nkan dengan tayangan video pejuang kemerdekaa­n Sarawak terdahulu.

Ia termasuk Pahlawan Negara, PW1 (B) Temenggong Datuk Kanang Langkau yang juga antara penerima pingat keberanian tertinggi negara, Seri Pahlawan (SP) dan Pingat Gagah Berani (PGB) dengan rakaman video mendiang lebih bertumpu kepada pesanan beliau agar sentiasa mensyukuri nikmat kemerdekaa­n bumi bertuah ini.

Ada tetamu turut menitiskan air mata sewaktu tayangan video berkenaan diiringi lagu Pahlawanku sebagai menghargai pejuang terdahulu yang mempertaru­hkan nyawa mempertaha­nkan kedaulatan negara. Sambutan Hari Kebangsaan ke-61 di bandar ini mencipta kelainan dengan penganjura­n pesta air seperti diraikan di Songkran, Thailand, berbanding aktiviti riadah lain yang sering disambut di seluruh negara seperti larian, perbarisan dan deklamasi sajak.

Wakil penganjur daripada Amcorp Properties Eddy Puah berkata, Festival Fun Five membawa maksud mendalam erti kemerdekaa­n kerana semua elemen perlu wujud bersama demi membentuk keharmonia­n dan keseimbang­an.

“Tiada kumpulan atau kaum di negeri ini lebih besar atau lebih baik daripada kaum lain.

Kita perlu bersatu-padu kerana saling memerlukan satu sama lain.

“Bukan mudah membawa semua orang yang berlainan bangsa dan wajah ke satu acara. Namun, acara pesta air terbabit menarik minat semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama,” katanya ketika ditemui NSTP, semalam.

Pesta air berkenaan dihadiri lebih 3,000 penduduk.

 ??  ?? ABANG Johari (tiga dari kiri) merasmikan Majls Jamuan Teh sempena Hari Kebangsaan ke-61 di Miri.
ABANG Johari (tiga dari kiri) merasmikan Majls Jamuan Teh sempena Hari Kebangsaan ke-61 di Miri.
 ??  ?? MOHD Shafie pada Majlis Perbarisan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2018 di Jalan Tun Fuad Stephens.
MOHD Shafie pada Majlis Perbarisan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2018 di Jalan Tun Fuad Stephens.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia