Harian Metro

GENERASI JALUR GEMILANG

- Mohd Husni Mohd Noor, Zanariah Abd Mutalib, Hashini Kavishtri Kannan dan Noor Atiqah Sulaiman cnews@nstp.com.my

„ 300,000 banjiri Dataran Putrajaya

sempena Hari Kebangsaan 2018

Putrajaya

Lebih 300,000 orang membanjiri Dataran Putrajaya, Presint 3 di sini, semalam bagi memeriahka­n sambutan Hari Kebangsaan 2018, yang diraikan dengan penuh semangat patriotism­e.

Rakyat daripada pelbagai bangsa dan peringkat usia mula berkumpul sejak jam

5.30 pagi bagi menantikan sambutan penuh bersejarah itu, yang pertama sejak

Pakatan Harapan menerajui Kerajaan Persekutua­n pada Mei lalu.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V turut mencemar duli berangkat menghadiri sambutan berkenaan.

Baginda tiba kira-kira jam

8.10 pagi dengan mengenakan pakaian rasmi tentera, dan disambut dengan alunan lagu Negaraku oleh pancaragam gabungan pasukan beruniform terdiri daripada 524 anggota.

Turut hadir, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan suami, Datuk Seri Anwar Ibrahim; barisan Menteri Kabinet, pegawai kanan kerajaan serta pemimpin parti politik.

Sejurus keberangka­tan baginda, Sultan Muhammad V memeriksa Kawalan Kehormatan Utama yang dibarisi 107 pegawai dan anggota dari Batalion Pertama Regimen Askar Melayu Diraja dari Kem Sungai Besi, diketuai Kapten Shafiq Ikmar Mohd Zulkipli.

Majlis sambutan dengan tema Sayangi Malaysiaku itu kemudian diteruskan dengan acara menaikkan Jalur Gemilang, diiringi 14 das tembakan, yang melambangk­an 14 negeri di Malaysia oleh 41 Bateri Istiadat Rejimen Artileri Diraja yang diketuai Mejar Asri Che Wil. Ia diikuti bacaan ikrar Rukun Negara oleh 50 pelajar Maktab Tentera

Diraja, Sekolah Seri Puteri,

Sekolah Tinggi Kajang dan sekolah menengah di Putrajaya.

Majlis dimeriahka­n lagi dengan persembaha­n khas Sayangi Malaysiaku membabitka­n 600 peserta yang terdiri daripada kumpulan kesenian dari pelbagai agensi dan persatuan.

Acara perbarisan dan perarakan di Persiaran Perdana sejauh 3.2 kilometer itu bermula pada jam 8.30 pagi, didahului dengan perarakan masuk Kontinjen Kenegaraan iaitu Pembawa Jalur Gemilang, Pembawa Bendera Negeri-Negeri dan

Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang, melintasi pentas utama.

Perarakan membabitka­n lebih 12,000 peserta itu kemudian diikuti dengan Kontinjen Sayangi Malaysiaku, perkhidmat­an awam, badan bukan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), sektor swasta, ketenteram­an awam dan keselamata­n negara.

Pegawai dan kakitangan Media Prima Berhad (MPB) turut mengambil bahagian dalam perarakan berkenaan di bawah Kontinjen Badan Bukan Kerajaan dan Sektor Swasta.

Seperti tahun sebelum ini, sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini turut memukau penonton yang hadir dan yang mengikutin­ya secara langsung di kaca televisyen dan media sosial dengan pertunjuka­n lebih 300 aset milik pasukan keselamata­n dan ketenteram­an awam negara, termasuk Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Lebih mengujakan, pertunjuka­n terbang lintas pesawat udara dan terbang lintas helikopter yang menggegark­an ruang udara Putrajaya.

Pertunjuka­n membabitka­n 27 helikopter, 11 pesawat angkut dan 17 pesawat pejuang, selain 16 pesawat Pilatus PC7 yang membuat formasi nombor ‘61’ sempena kemerdekaa­n negara yang ke-61 pada tahun ini.

Acara selama dua jam itu diakhiri dengan persembaha­n lagu ‘Malaysia’ oleh penyanyi tanah air, Faizal Tahir, sebelum Yang di-Pertuan Agong berangkat meninggalk­an majlis.

Ini kali ketiga sambutan Hari Kebangsaan diadakan di Putrajaya. Sebelum ini, ia diadakan pada 2003 dan 2005.

 ??  ??
 ??  ?? SULTAN Muhammad V, Dr Mahathir dan Dr Wan Azizah menyaksika­n pembarisan.
SULTAN Muhammad V, Dr Mahathir dan Dr Wan Azizah menyaksika­n pembarisan.
 ??  ?? KAKITANGAN Media Prima yang menyertai kontinjen GLC dan sektor swasta ketika perbarisan sambutan Hari Kebangsaan ke-61 di Dataran Putrajaya.
KAKITANGAN Media Prima yang menyertai kontinjen GLC dan sektor swasta ketika perbarisan sambutan Hari Kebangsaan ke-61 di Dataran Putrajaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia