Harian Metro

AJAL RAYYAN

> “Bayi itu berlumuran darah dan terbaring di belakang kereta saya,” kata Rizal Yaakob, saksi kejadian bayi berusia dua tahun yang maut digilis kereta bapanya, malam kelmarin. Muhammad Rayyan Rizqi Mohd Fakhrul, meninggal dunia di tempat kejadian selepas

- Muhamaad Razis Ismail dan Mohd Zulkifli Zainuddin cnews@nstp.com.my

Kanak-kanak berusia dua tahun meninggal dunia di tempat kejadian

“Bayi itu berlumuran darah dan terbaring di belakang kereta saya. Kami semua sangat terkejut, saya harap keluargany­a reda dan bersabar dengan ujian ini,” kata Rizal Yaakob, 47, saksi kejadian bayi berusia dua tahun mati digilis kereta bapanya di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.30 malam di hadapan sebuah restoran di Jalan Kota Bharu di sini, Muhammad Rayyan Rizqi Mohd Fakhrul Zaman meninggal dunia di tempat kejadian selepas parah di kepala.

Menceritak­an kejadian tragis itu, Rizal berkata, dia dan keluarga rakannya makan di restoran berkenaan di tingkat dua dan meletak kenderaan di kawasan kedai terbabit.

“Apabila selesai makan, isteri dan anak rakan saya ke balkoni restoran untuk melihat pemandanga­n luar.

“Tiba-tiba kami mendengar jeritan isteri rakan memberitah­u ada budak jatuh, kami semua terkejut kerana menyangka anak kawan saya yang jatuh dari balkoni,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, dia dan rakan bergegas turun dan terkejut apabila melihat seorang bayi terbaring dalam keadaan berlumuran darah di belakang keretanya.

“Darahnya turut terpercik di tayar kereta saya. Selepas diperiksa, saya dapati pintu kereta saya sebelah pemandu juga kemek dilanggar kereta bapa mangsa,” katanya.

Rizal yang juga pesara tentera berkata, kereta bapa mangsa yang mengundur sehingga ke pembahagi jalan juga hampir dilanggar sebuah bas ekspres yang melalui laluan itu.

“Saya simpati dengan kejadian menimpa keluarga itu dan berharap mereka sabar menempuhi ujian ini,” katanya.

Seorang ahli keluarga mangsa yang ditemui berkata, ibu bapa bayi berkenaan masih bersedih dengan kejadian terbabit.

“Saya baru saja sampai di kampung selepas dimaklumka­n kejadian itu.

“Setakat ini, saya minta semua pihak faham keadaan kerana ibu bapa mangsa masih belum lagi bersedia untuk memberi sebarang kenyataan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, bapa mangsa yang berusia 38 tahun meletakkan anaknya itu di tempat duduk penumpang hadapan sebaik memasuki kereta mereka.

“Mangsa menyandar di pintu hadapan sebelah kiri dan ibu mangsa yang berada di luar kemudian membuka pintu menyebabka­n bayi itu terjatuh ke luar kereta.

“Bapanya terkejut dan cuba menyelamat­kan anaknya itu, tetapi tertekan pedal minyak dan menggilis mangsa.

“Pada masa sama, kereta mangsa bergesel dengan Proton Persona yang diparkir di sebelah kiri,” katanya.

Menurutnya, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dan jenazahnya dibawa ke HRPZ II untuk dibedah siasat.

 ??  ??
 ??  ?? MUHAMMAD Rayyan Rizqi meninggal dunia dalam kejadian 10.30 malam.
MUHAMMAD Rayyan Rizqi meninggal dunia dalam kejadian 10.30 malam.
 ??  ?? KERETA yang dinaiki bapa
m a n g sa .
KERETA yang dinaiki bapa m a n g sa .
 ??  ?? KEADAAN kereta milik
Rizal yang kemek.
KEADAAN kereta milik Rizal yang kemek.
 ?? Rizal Yaakob ?? Darahnya turut terpercik di tayar kereta saya. Selepas diperiksa, saya dapati pintu kereta saya sebelah pemandu juga kemek dilanggar kereta bapa mangsa”
Rizal Yaakob Darahnya turut terpercik di tayar kereta saya. Selepas diperiksa, saya dapati pintu kereta saya sebelah pemandu juga kemek dilanggar kereta bapa mangsa”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia