Harian Metro

SST KEMBALI DILAKSANA HARI INI

Peniaga tidak pasti sama ada harga barangan naik atau sebaliknya

- Nor Afzan Mohamad Yusof cnews@nstp.com.my

Beberapa peniaga di ibu kota masih tidak pasti mengenai sama ada harga barangan sempena Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) dilaksanak­an seluruh negara bermula hari ini menunjukka­n peningkata­n harga atau sebaliknya.

Jurujual kedai rangkaian Speedmart, Marzila Mohamed, 44 berkata sehingga jam 1 tengah hari semalam, dia belum menerima sebarang arahan daripada pengurusan mengenai sebarang pertukaran harga.

Malah, katanya, sejak pagi, dia dihujani pelbagai soalan daripada pelanggan yang berminat mengetahui tawaran harga, khususnya produk makanan yang dijangka turun.

“Sistem kami akan dikemas kini menerusi pusat pengurusan. Segala arahan adalah daripada pihak syarikat,” katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui di sini, semalam dalam tinjauan SST bermula hari ini.

Difahamkan, pertukaran tanda harga pada barangan dan perkhidmat­an sistem di kaunter bayaran hanya akan dilakukan pada tengah malam ini.

SST berkuatkua­sa Sabtu ini, menggantik­an GST, susulan Rang Undang-Undang (RUU) Cukai Jualan 2018 dan RUU Cukai Perkhidmat­an 2018 yang diluluskan Parlimen pada 20 Ogos lalu.

Pengusaha bengkel dan spa, Mazaliza Che Mustaffa, 39 menyaranka­n kerajaan untuk memberikan lebih pemahaman kepada masyarakat peniaga mengenai SST kerana harga ditentukan pembekal.

Menurutnya, sebagai peniaga kecil-kecilan, dia bergantung sepeanuhny­a kepada harga ditawarkan pembekal.

“Secara terus terang, saya masih mengekalka­n harga lama dan belum pun membuat belian baru untuk stok barang di kedai.

“Namun, jika barang yang saya peroleh daripada pembekal naik, saya terpaksa menaikkan kos barangan dan perkhidmat­an,” katanya.

Bagi pasaraya besar Mydin, Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, persiapan SST lebih tenang berbanding kadar sifar Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) tiga bulan lalu.

Menurutnya, ia berikutan Mydin menyimpan stok barangan mencukupi hingga membolehka­n pihaknya menjual pada harga sama.

“Bagaimanap­un, katanya, bagi barangan yang baru masuk daripada pembekal, iaitu sekitar Oktober, kami menjangkak­an kenaikan antara lima dan 10 peratus bergantung kepada pembekal barangan,” katanya.

Sementara itu, dalam kalangan pengguna, menyaranka­n supaya kerajaan memantau tawaran harga sama ada pada peringkat pembekal dan peniaga.

Parasmis Vasathen, 25, berkata ia berikutan ramai pengguna dan peniaga yang belum benar-benar faham mengenai sistem itu. “Pemantauan diperlukan bagi mengelakka­n pengguna tertipu dengan permainan harga ditawarkan pembekal,” katanya.

Pandangan sama dilontarka­n suri rumah, Zaharah Hariri, 66.

Katanya, walaupun ramai mengharapk­an penurunan harga, tetapi aspek kualiti produk juga seharusnya dipantau kerajaan.

“Ada produk yang harga sama, tetapi kualiti kurang baik. Saya berharap kerajaan serius dalam tangani hak pengguna,” katanya.

“Persiapan SST lebih tenang berbanding kadar sifar GST tiga bulan lalu

Ameer Ali

 ?? FOTO: ASYRAF HAMZAH ?? SEORANG pelanggan melihat produk makanan yang dijual di sebuah pasar raya.
FOTO: ASYRAF HAMZAH SEORANG pelanggan melihat produk makanan yang dijual di sebuah pasar raya.
 ??  ?? KAKITANGAN sebuah pasar raya menyemak harga barangan.
KAKITANGAN sebuah pasar raya menyemak harga barangan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia