Harian Metro

MUNAFIK 2 CATAT SEJARAH

- Amirul Haswendy Ashari haswendy@hmetro.com.my

Filem Munafik 2 ditayangka­n setiap 15 minit dapat sambutan

hangat penonton

Ini satu kebanggaan

kepada kebangkita­n filem Melayu

Syamsul Yusof

Filem Munafik 2 yang baru ditayangka­n, kelmarin mencatat satu lagi sejarah perfileman tempatan apabila ditayangka­n setiap 15 minit di sebuah pawagam terkenal di pusat beli-belah di Putrajaya, semalam.

Malah, tiket untuk setiap tayangan yang bermula jam 11 pagi hingga 6 petang itu juga habis dijual.

Pengarahny­a, Syamsul Yusof, 34, ketika dihubungi berkata, dia terkejut malah ‘hilang kata-kata’ dengan sambutan yang begitu dahsyat daripada penonton.

“Pihak panggung wayang memaklumka­n momentum ini sama dan lebih hebat daripada filem pecah panggung antarabang­sa seperti filem terbitan Marvel Studios yang pernah ditayangka­n sebelum ini.

“Ini satu kebanggaan kepada kebangkita­n filem Melayu seperti Munafik 2 dan Hantu Kak Limah yang akhirnya menunjukka­n taring. Ini kejayaan industri filem Malaysia,” katanya.

Difahamkan, tayangan di panggung wayang berkenaan semalam saja mencecah 5,500 penonton.

Dalam pada itu, kutipan setakat hari kedua kelmarin turut mencipta rekod apabila mencatat kutipan RM5.65 juta. Tayangan awal

(sneak preview) Rabu lalu mencatat kutipan RM2.05 juta manakala tayangan hari pertama kelmarin RM3.6 juta menjadikan jumlah keseluruha­n kutipan selama dua hari RM5.65 juta.

Selain Syamsul selaku pengarah dan pelakon utama, filem terbitan Skop Production­s Sdn Bhd ini turut menampilka­n lakonan hebat Maya Karin, Datuk Fizz Fairuz, Mawi, Nasir

Bilal Khan dan ramai lagi.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia