Harian Metro

INSPIRASI KERUSI RODA

- Mohd Rafi Mamat cnews@nstp.com.my

Penderitaa­n penyakit tulang belakang yang dialaminya memberi inspirasi kepada Filzatus Syahida Abdul Wahid berkongsi pengalaman menerusi novel berjudul

karyanya sendiri.

Wanita berusia 22 tahun itu mengambil masa setahun untuk menghasilk­an novel yang bermaksud ‘sayang awak sahabat’ menceritak­an sokongan kuat diberikan semua pihak kepadanya sepanjang lima tahun menderita penyakit itu.

“Saya ingin berkongsi pengalaman sebenar apa yang saya alami hingga terpaksa bergerak menggunaka­n kerusi roda. Sokongan keluarga, rakan dan pensyarah menjadi pendorong untuk berjaya dalam pelajaran.

“Episod terjatuh ketika bermain bola jaring di sekolah menengah menjadi punca kepada masalah tulang belakang,” kata pelajar Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) di sini.

Filzatus Syahida yang tidak mempunyai pengalaman dalam bidang penulisan berkata, cabaran utama menghasilk­an novel berkenaan apabila pihak penerbitan tiga kali menolak karya yang dihasilkan.

Selepas dua kali ditolak, katanya, perasaan malas dan kecewa menguasai diri namun dengan sokongan keluarga dan syarikat penerbitan menguatkan semangat untuk berkarya dan menyiapkan novelnya.

“Saya bersyukur selepas setahun berhempas pulas menulis dan membaiki pelbagai kesilapan akhir saya berbangga dapat menghasilk­an novel yang sepenuhnya menceritak­an kisah hidup saya sepanjang lima tahun menanggung penyakit tulang belakang.

“Saya ingin berkongsi suka duka dan sokongan individu sekeliling saya yang membantu dan memahami pelbagai kesukaran ditanggung hingga hampir mematahkan semangat untuk belajar.

“Dalam keadaan yang sukar saya bersyukur diberi peluang melanjutka­n pengajian dalam jurusan Diploma Dakwah dan Pengurusan di KUIPSAS,” katanya yang kini menyambung pengajian ijazah dalam bidang yang sama.

Dia memilih perkataan Jepun (Tomodachi) sebagai tajuk novelnya kerana sejak kecil meminati cerita itu selain terbabit dengan kelab Jepun ketika di sekolah menengah.

Filzatus Syahida yang menerima Anugerah Kecemerlan­gan Sultan Ahmad Shah pada Konvokesye­n Ke-17 KUIPSAS, baru-baru ini berkata, novel

sebelum ini meraih anugerah judul paling laris di SMO Bookstores pada November 2017.

Anak ketiga daripada empat beradik itu kini menyiapkan penulisan sebuah e-book dan dua novel berkonsepk­an motivasi terutama bagi remaja supaya banyak menimba ilmu.

Gadis hasil novel hadiah buat sahabat bersama

tempuh derita penyakit tulang belakang

 ??  ?? FILZATUS Syahida menghasilk­an novel bertajuk Love You Tomodachi.
FILZATUS Syahida menghasilk­an novel bertajuk Love You Tomodachi.
 ??  ?? FILZATUS Syahida meminati bidang penulisan selepas berjaya menghasilk­an novel Love You Tomodachi.
FILZATUS Syahida meminati bidang penulisan selepas berjaya menghasilk­an novel Love You Tomodachi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia