Harian Metro

CARI 2 SAKSI

- Iskandar Shah Mohamed iskandar@nstp.com.my

Polis jejaki wanita Indonesia untuk perbicaraa­n kes abang pemimpin Korea Utara

Polis mengesan dua wanita warga Indonesia sebagai saksi perbicaraa­n kes bunuh abang pemimpin Korea Utara, Kim Chol atau Kim Jong-nam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, kedua-dua individu itu diperlukan bagi menghadiri perbicaraa­n di Mahkamah Tinggi di sini.

“Mereka dikenali sebagai Raisa Rinda Salma, 24, pemegang pasport bernombor B2421541 dan Dessy Meyrisinta, 33, pemegang pasport bernombor B0464727.

“Kita setakat ini tidak dapat menghubung­i kedua-dua saksi itu,” katanya semalam.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai individu itu menghubung­i Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superinten­dan Wan Azirul Nizam di talian 017-655 6575 dari Bahagian Siasatan Jenayah Sepang atau mana-mana balai polis berhampira­n.

Pada 16 Ogos lalu, akhbar melaporkan warga Indonesia Siti Aishah dan warga Vietnam Doan Thi Huong dipanggil membela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini, atas pertuduhan membunuh Kim Jong-nam.

Hakim Datuk Azmi Ariffin membuat keputusan selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktika­n kes

pada akhir kes itu. Dalam prosiding itu, kedua-dua tertuduh memilih untuk memberikan keterangan secara bersumpah di dalam kandang tertuduh.

Siti Aisyah, 26, dan Thi Huong, 29, didakwa bersama empat lagi yang masih bebas membunuh Kim Chol, 45, di Balai Berlepas Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada jam 9 pagi, 13 Februari 2017.

Seramai 34 saksi pendakwaan memberi keterangan sepanjang 39 hari di Mahkamah Tinggi di sini bermula sejak 2 Oktober tahun lalu.

Sepanjang perbicaraa­n, 236 bahan bukti dikemukaka­n kepada mahkamah termasuk pakaian dipakai ketika hari kejadian milik tertuduh dan mangsa serta rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV).

Jong-nam, anak sulung bekas pemimpin Korea Utara Kim Jong-il hidup dalam buangan di China dan Asia Tenggara selepas berselisih faham dengan bapanya.

 ??  ?? LOKASI mangsa dipercayai terjatuh ketika memancing di Pulau Tinggi, Mersing awal pagi semalam.
LOKASI mangsa dipercayai terjatuh ketika memancing di Pulau Tinggi, Mersing awal pagi semalam.
 ??  ?? RAISA
RAISA
 ??  ?? DESSY
DESSY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia