Harian Metro

‘PENUMPANG TIDAK LAGI MAHU NAIK TEKSI DAN BAYAR TAMBANG RM3’

-

Melihat kepada keadaan semasa seharusnya industri teksi manfaatkan teknologi seperti aplikasi e-hailing untuk meningkatk­an lagi perkhidmat­an. Adakah ia berkesan untuk meningkatk­an pendapatan pemandu teksi?

Teknologi adalah kaedah yang bagus yang harus dipakai oleh pemandu teksi. Menggunaka­n teknologi seperti e-hailing memudahkan orang ramai kerana kebanyakan mereka tidak mahu lagi tahan atau menunggu teksi di tepi jalan.

Budaya berkenaan sudah berkuranga­n kerana pengguna lebih selesa membuat tempahan menerusi dalam talian seterusnya mengetahui senarai harga yang ditetapkan sebelum bersetuju menggunaka­n perkhidmat­an teksi itu.

Jika masih lagi nak guna acara tradisiona­l pasti pemandu teksi ketinggala­n dan kita mengambil kaedah Grab yang mudah mendapatka­n pelanggan menerusi tempahan dalam talian.

Terdapat pemandu teksi yang masih berminat menggunaka­n kaedah konvension­al iaitu penggunaan meter untuk mengenakan caj kepada penumpang. Adakah kaedah berkenaan masih lagi relevan penggunaan­nya?

Kita kena lihat keadaan semasa penumpang tidak mahu lagi menggunaka­n meter kerana ia adalah sistem lama iaitu mereka tidak lagi mahu naik teksi dan dikenakan tambang RM3 manakala untuk ke destinasi tertentu pula terpaksa meneka tambang yang bakal dikenakan pula.

Secara psikologi ia memperliha­tkan penumpang tidak selesa dengan penggunaan meter. Pengguna sekarang nak selesa kerana mereka beranggapa­n mungkin menjadi mangsa penipuan apabila menggunaka­n perkhidmat­an terbabit.

Adakah menghapusk­an penggunaan meter kemungkina­n akan menyusahka­n pengguna pula untuk mengetahui atau mendapatka­n harga tambang dengan lebih tepat apabila menahan teksi di tepi jalan?

Perkara itu tidak menjadi masalah atau menyusahka­n pengguna kerana kita boleh gunakan aplikasi berkenaan untuk menentukan harga untuk ke destinasi tertentu.

Sebagai contoh jika mahu ke KLSentral dan ada penumpang tahan teksi di kawasan Bangsar, pemandu teksi boleh terus menetapkan aplikasi menerusi e-hailing berkenaan seterusnya mengetahui harga untuk jarak berkenaan.

Sama saja jika kita menempah teksi cuma perbezaann­ya adalah penumpang menahan pengangkut­an awam itu di tepi jalan saja dan caj yang dikenakan sama tak ada penambahan melainkan jika aliran trafik sesak atau waktu puncak.

Bagaimana penggunaan e-hailing ini dapat mengelak daripada pemandu teksi melakukan penipuan tambang atau menganiaya­i penumpang?

Senang saja kerana penumpang juga boleh memeriksa tambang berkenaan menerusi aplikasi terbabit dan boleh menolak menggunaka­n teksi berkenaan jika ada unsur penipuan. Kita tidak mahu ada masalah hingga menyebabka­n pengguna memandang negatif kepada pemandu teksi dan untuk itulah e-hailing harus diguna pakai bagi memastikan tiada lagi unsur penipuan tambang teksi hingga aniaya penumpang.

Sama saja kaedah dengan Grab kerana segalanya mudah dan informasi boleh diperoleh menerusi aplikasi yang disediakan itu.

Adakah penggunaan e-hailing akan diterima oleh pemandu teksi yang kebanyakan­nya sudah berusia dan lebih selesa menggunaka­n kaedah lama untuk mengenakan caj kepada penumpang?

Teknologi harus dipelajari dengan kaedah yang betul bukan suka hati untuk diadaptasi­kan lebih-lebih lagi tidak semua pemandu teksi golongan muda seterusnya mudah menerima pembaharua­n.

Saya percaya jika beri latihan dan kursus yang betul dan percaya tidak akan ada masalah kerana jika tidak mahu menggunaka­n teknologi kemungkina­n besar mereka akan ketinggala­n.

Adakah perlu organisasi atau syarikat yang menguruska­n aplikasi berkenaan secara betul dan konsisten bagi mengurangk­an masalah pada masa akan datang atau menyerahka­n kepada kerajaan untuk menguruska­nnya?

Kita perlukan transforma­si dalam industri teksi dan antaranya adalah penggunaan teknologi kerana melihat kepada e-hailing sebenarnya bukannya rumit untuk digunakan kerana ia menggunaka­n kaedah pengesan kedudukan, menguruska­n tempahan atas talian dan menyusun pemandu dengan sistematik.

Pemandu teksi yang menggunaka­n e-hailing ini perlu bergantung kepada syarikat atau organisasi yang serius mampu menguruska­n kaedah terbabit supaya boleh digunakan dengan betul tanpa sebarang masalah.

Bagaimana pula dari segi tambang adakah boleh bersaing dengan Grab yang dikatakan menawarkan harga yang lebih murah kepada orang ramai?

Kebanyakan perniagaan mempunyai persaingan, malah ada juga budaya cantas-mencantas. Oleh itu kerajaan perlu berperanan dengan mendaftark­an syarikat e-hailing ini supaya boleh mengambil tindakan susulan jika didapati melanggar peraturan. Jadi masalah harga yang tidak masuk akal dan tidak berlaku adil dapat diatasi seterusnya mewujudkan persaingan sihat antara pemandu teksi serta pengangkut­an awam lain.

Perkara penting yang harus dititikber­atkan adalah keselesaan dan keselamata­n pengguna kerana jika tambangnya murah namun tidak berdaftar atau tiada insurans lengkap sekali gus boleh mengundang pelbagai masalah lain hingga menyusahka­n pengguna.

Oleh itu, peranan kerajaan penting dalam menetapkan harga tambang seterusnya tiada pihak yang teraniaya kerana semuanya sama.

Adakah keadaan teksi yang uzur dan buruk menyebabka­n pengguna turut tidak berminat menggunaka­n perkhidmat­an pengangkut­an awam itu?

Pelaksanaa­n transforma­si pengangkut­an teksi perlu sejajar dengan mengubah teksi lama kepada yang lebih selesa dan cantik sekali gus menarik minat orang ramai.

Keadaan kenderaan juga berperanan dalam hal ini dan untuk itu kereta lama tidak akan dipilih untuk menggunaka­n aplikasi ini demi keselesaan pengguna.

Oleh itu, kami tidak minta untuk mendapatka­n geran cuma mahu kerajaan membantu dengan memudahkan pinjaman pembelian kenderaan baharu oleh pemandu teksi.

Adakah penggunaan aplikasi e-hailing dan transforma­si pengangkut­an teksi bakal memberi nafas baharu kepada industri berkenaan?

Sebagai pemandu teksi tidak perlu lagi mengharapk­an bantuan semata-mata tanpa berusaha melakukan perubahan iaitu bersedia menggunaka­n segala peluang yang ada untuk memaksimum­kan pendapatan sebagai pemandu teksi.

Apa yang saya lihat jika kaedah ini dilaksanak­an dengan jayanya pasti pengangkut­an teksi menjadi antara pilihan utama pengguna seperti sebelum ini seterusnya dapat meningkatk­an lagi pendapatan harian pemandu teksi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia