Harian Metro

‘MOK NGAJI SETIAP HARI’

- Nor Fazlina Abdul Rahim nfazlina@nstp.com.my

Petua warga emas berusia 109 tahun kekal sihat hingga mampu urus diri, rumah tanpa bantuan ahli keluarga

Amalan membaca al-Quran setiap hari sejak remaja adalah petua menjadikan Kelsom Yaacob kekal sihat dan ingatan masih kuat walaupun sudah berusia 109 tahun.

Warga emas yang mempunyai empat anak, 17 cucu, lebih 30 cicit serta 15 piut dari Kampung Kubang Palas di sini, sehingga kini mampu menguruska­n diri selain mengemas rumah tanpa perlu bantuan ahli keluarga.

Melihat kepada pergerakan, percakapan dan raut muka Kelsom yang seolah-olah baru berusia 80-an kerana kelihatan segar dan mampu bercerita dengan baik termasuk kisah bah merah melanda Kelantan pada 1967.

“Alhamdulil­lah, Allah kurniakan kesihatan kepada mok walaupun sudah berusia 109 tahun. Semua rakan mok di kampung ini sudah meninggal dunia.

“Mok tiada petua khusus atau amalan yang membuatkan mok sihat dan masih ingat apa yang berlaku, cuma apa yang mok lakukan dan tidak pernah tinggal adalah rutin membaca al-Quran setiap hari.

“Amalan ini dilakukan sejak remaja sehinggala­h kini. Setiap kali solat lima waktu, mok akan mengaji bagi mengisi waktu lapang dan sekiranya tidak berbuat demikian, mok akan rasa tak lengkap,” kata Kelsom di kediamanny­a.

Menurutnya, walaupun dia tinggal bersebelah­an rumah anaknya, namun rutin membasuh, membersihk­an rumah dan memasak dilakukan sendiri tanpa bergantung kepada anak dan cucunya.

“Jika sihat kalau boleh mok nak buat sendiri. Selepas sarapan pagi, mok akan basuh baju dan menyapu kawasan rumah. Itulah rutin harian mok setiap hari melainkan mok tidak sihat.

“Mok tiada penyakit lain setakat ini melainkan darah tinggi sejak tahun lalu. Alhamdulil­lah walaupun sudah beberapa kali jatuh, mok masih sihat dan mampu membaca al-Quran,” katanya yang kematian suami pada 2005.

Cucunya, Zamri Mohd Noor, 53, berkata dia bersyukur neneknya dikurniaka­n kesihatan yang baik di usia 109 tahun dan tidak pernah membebanka­nnya.

“Selagi mok saya mampu, dia tidak akan menyusahka­n kami sekeluarga. Itulah perangai mok dan kami bangga dengannya kerana masa terluangny­a hanya diisi dengan membaca al-Quran.

“Malah, mok suka bersedekah dan jika mendengar sesiapa saja meninggal dunia walaupun mok tidak kenal, dia akan mengirimka­n duit,” katanya.

 ??  ?? KELSOM menghabisk­an waktu lapang dengan membaca al-Quran setiap hari.
KELSOM menghabisk­an waktu lapang dengan membaca al-Quran setiap hari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia