Harian Metro

Tuah merdeka

-

Ipoh: Rezeki guru yang kali pertama berkunjung ke taman tema animasi

(MAPS) apabila membawa pulang hadiah cabutan bertuah kereta Proton Iriz 1.6 sempena program Malaysiaku Merdeka with Boboiboy di sini, semalam.

Mohd Maarof Mohd Zakaria, 36, membawa pulang kereta berharga RM42,000 selepas enam jam menghabisk­an masa berhibur di taman tema itu bermula jam 6 petang kelmarin hingga tengah malam.

“Memang saya sengaja tunggu hingga detik tengah malam untuk menanti acara cabutan bertuah, manalah tahu nama saya terpilih.

“Apabila nama diumum sebagai pemenang, saya bagai tidak percaya kerana setiap kali menyertai cabutan bertuah, nama saya jarang terpilih dan kalau menang pun, tidak pernah mendapat hadiah lumayan seperti ini.

“Inilah malam paling bermakna, nama terus terpilih dan dapat kereta,” katanya.

Selain hadiah utama, dua lagi pengunjung bertuah yang menghadiri program itu turut membawa pulang televisyen 32 inci.

Hadiah disampaika­n Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu yang turut meluangkan masa menonton konsert dan melihat pertunjuka­n bunga api.

Program yang dibanjiri 10,000 pengunjung itu dimeriahka­n dengan persembaha­n selebriti tanah air termasuk Syamel, Sonaone, Joe Flizzow dan Kugiran Masdo.

MAPS membuat promosi harga tiket masuk hanya RM30 untuk program itu.

 ??  ?? MOHD Maarof membawa pulang PROTON Iriz 1.6 dalam cabutan bertuah di taman tema MAPS,
semalam.
MOHD Maarof membawa pulang PROTON Iriz 1.6 dalam cabutan bertuah di taman tema MAPS, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia