Harian Metro

MAK BALIKLAH...

- Zairee Mohd Yasak cnews@nstp.com.my

Dua beradik rayu ibu kandung pulang selepas ditinggal kepada datuk angkat enam tahun lalu

Selepas enam tahun ditinggalk­an, dua beradik lelaki merayu ibu kandung pulang ke rumah, apatah lagi datuk angkat yang menjaga mereka dalam keadaan uzur.

Pada usia 10 tahun, Muhammad Mukriz Rusaidi Abdullah cukup matang melihatkan keadaan datuk angkat Mohamad Nor Jantan, 59, yang kini tidak sihat sehingga tidak mampu berkerja, ditambah dengan beban menjaga dia dan adiknya Muhammad Adam Mikail Abdullah, 8, yang menghidap penyakit Cerebral Palsy sejak berusia lapan bulan.

Justeru, dalam keadaan kesukaran, Muhammad Mukriz Rusaidi sendiri mengambil tugas membantu datuk angkatnya menguruska­n adiknya yang turut mengalami masalah usus.

Muhammad Mukriz Rusaidi yang mesra dengan panggilan abang, bagaimanap­un menagih kasih sayang ibu mereka Norhidayah Ahmad, 28, untuk pulang membantu meringanka­n beban

yang ditanggung datuk angkatnya yang uzur selain terpaksa menguruska­n Muhammad Adam Mikail yang lumpuh.

“Mak baliklah lepas tu duduk sini, jaga adik. Lepas tu, tolong masak, menyapu, jaga atuk. Kesian kat atuk sebab tak dapat pergi kerja.

“Bila atuk dah boleh pergi kerja, ada duit untuk beli makanan dan barang-barang kita,” katanya ketika dikunjungi badan bukan kerajaan (NGO) Yang Di Pertua Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen (PVTTB) negeri Alias Abd Wahab, di Kampung Datuk A, Bukit Rambai di sini, semalam.

Menurut Alias, keluarga terbabit akan dipindahka­n sementara ke rumah adik ipar Mohamad Nor yang tinggal berhampira­n, sebaik proses penilaian dan kerja baik pulih rumah keluarga terbabit di antara Rejimen Askar Juretera DiRaja (RAJD) dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dimuktamad­kan dalam masa terdekat, bagi membolehka­n kerja baik pulih dijalankan segera.

Timbalan Ketua Wanita PKR Pusat Haniza Talha dan Naib Ketua Wanita PKR Dr Daroyah Alwi turut menyertai kunjungan itu selepas mengetahui kisah penderitaa­n keluarga Mohamad Nor yang disiarkan Harian Metro pada Ogos lalu.

Orang ramai yang ingin menghulurk­an sumbangan boleh menyalurka­n menerusi akaun Bank Simpanan Nasional 04401-41-00003231-5 atas nama Mohamad Nor Jantan atau menghubung­i Alias di 019-667 4767.

 ??  ?? ALIAS (kanan) beramah mesra dengan Muhammad Adam Mikail sambil diperhatik­an Mohamad Nor (tengah) ketika kunjungan ke rumahnya di Kampung Datuk A, Bukit Rambai.
ALIAS (kanan) beramah mesra dengan Muhammad Adam Mikail sambil diperhatik­an Mohamad Nor (tengah) ketika kunjungan ke rumahnya di Kampung Datuk A, Bukit Rambai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia