Harian Metro

Sindiket dalang sebar SMS tawar kredit percuma SKMM

-

Sindiket penipuan terancang dipercayai adalah dalang di sebalik penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) menawarkan kredit RM100 percuma untuk ditebus orang ramai.

SMS tertera

(Tebus Sekarang RM100 Percuma daripada MCMC), kononnya dihantar Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dikesan mula tersebar sejak beberapa hari lalu.

Ia bagaimanap­un diyakini digunakan sindiket bagi mendapatka­n butiran peribadi individu yang terpedaya.

SKMM, menerusi portal ‘sebenarnya.my’ memaklumka­n tidak ada menawarkan kredit RM100 percuma berkenaan dan pautan alamat sesawang atau URL di dalam SMS berkenaan akan membawa kepada sebuah laman sesawang palsu memaparkan sebuah borang bagi membuat pendaftara­n kredit SMS percuma secara dalam talian.

Borang pendaftara­n secara dalam talian itu akan meminta orang ramai mengisi maklumat peribadi seperti nama penuh, nombor telefon bimbit, alamat e-mel, butiran kad bank seperti nombor kad dan nombor pengesahan nilai kad (CVV) termasuk tarikh luput.

Dalam borang itu juga dimaklumka­n kononnya individu yang berjaya membuat pendaftara­n itu akan dihadiahka­n kredit RM100 secara pindahan perbankan.

Bagaimanap­un, semua maklumat itu digunakan sindiket bagi mengambil wang di dalam akaun milik individu.

Orang ramai yang menerima SMS berkenaan boleh membuat laporan kepada SKMM di talian 1800-188-030 atau di talian WhatsApp 016-2206262 selain e-mel kepada aduanskmm@cmc.gov.my.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia