Harian Metro

TIADA PETUA HANYA WASPADA

-

apabila ditugaskan di Balai Bomba dan Penyelamat Taman Desa, Kuala Lumpur, sebelum dipindahka­n ke Pekan, pada 2003.

“Saya mula mengenali Allahyarha­m ketika bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Pekan, apabila mengikutin­ya melakukan rutin menangkap haiwan berbisa selepas mendapat aduan daripada orang awam atau pihak berkaitan.

“Ular antara haiwan agresif dan saya pernah dipatuk pada 2013 ketika mahu membersihk­an sangkar, namun sempat mendapatka­n rawatan susulan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Pahang,” katanya.

Katanya, dia tidak mengamalka­n sebarang petua atau pantang larang cuma sentiasa berwaspada dan tidak mengambil mudah atau menganggap perkara remeh walaupun sudah menangkap hampir 50 ular.

“Walaupun berpengala­man menangkap binatang berbisa, perlu diingatkan bahawa jika terleka atau tidak peka dengan ular, pasti menerima kesan buruk.

“Selain itu, kita juga perlu mengambil langkah pencegahan iaitu mengetahui rawatan awal apabila berhadapan dengan situasi dipatuk ular sebelum ke hospital,” katanya.

Bapa kepada tiga anak berusia lima hingga 16 tahun ini berkata, dia juga giat bermain muzik dengan kugiran JBPM Pahang setiap kali masa terluang dengan berkeboleh­an bermain biola.

“Sejak menyertai JBPM saya sudah aktif dengan unit pancaragam atau band JBPM kerana meminati alat muzik iaitu biola dan gitar, malah menerima banyak jemputan untuk membuat persembaha­n,” katanya.

 ??  ?? SYED Aziz, (tiga kanan) bersama rakan sekerja di Balai Bomba Pekan yang semuanya mahir menangkap haiwan berbisa.
SYED Aziz, (tiga kanan) bersama rakan sekerja di Balai Bomba Pekan yang semuanya mahir menangkap haiwan berbisa.
 ??  ?? PROFIL
NAMA: Syed Aziz Syed Salim
PANGKAT: Pegawai Bomba Gred KB KELULUSAN: SPM STATUS: Berkahwin ANAK: Tiga
BALAI TERKINI:
Balai Bomba dan Penyelamat Pekan SYED Aziz, bersama
Allahyarha­m Abu Zarin yang mengajarny­a menjinakka­n
haiwam berbisa.
PROFIL NAMA: Syed Aziz Syed Salim PANGKAT: Pegawai Bomba Gred KB KELULUSAN: SPM STATUS: Berkahwin ANAK: Tiga BALAI TERKINI: Balai Bomba dan Penyelamat Pekan SYED Aziz, bersama Allahyarha­m Abu Zarin yang mengajarny­a menjinakka­n haiwam berbisa.
 ??  ?? SYED Aziz, bermain biola bersama kugiran JBPM Pahang.
SYED Aziz, bermain biola bersama kugiran JBPM Pahang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia