Harian Metro

Sengaja tampil seksi

- Syafil Syawan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

Lizzy tak hirau komen negatif netizen, cuma ikut nasihat ibu

Semakin meningkat usia, tahap kematangan seseorang itu juga akan bertambah.

Itulah yang dapat dilihat pada penyanyi dan pelakon cantik Elizabeth Tan.

Memulakan langkah menerusi single Knock Knock, penyanyi yang mesra disapa dengan nama Lizzy terus mekar seiring usia pembabitan­nya dalam industri.

Pernah terpalit pelbagai kontrovers­i, dia enggan menoleh ke belakang dan terlalu menghirauk­an komen negatif netizen.

“Kebelakang­an ini, saya sudah boleh mengawal diri daripada terlalu memandang serius komen netizen.

“Diakui, sebelum ini saya memang terkesan dengan kata-kata mereka tetapi kini tidak lagi,” katanya.

Menurut Lizzy, antara komen yang sering diterimany­a di media sosial adalah soal pakaiannya yang dikatakan semakin seksi.

“Saya sengaja tampil seksi kerana ingin menunjukka­n sisi berbeza diri saya. Saya tak kisah kalau dilabel seksi.

“Kalau ia berlebihan, ibu akan tegur. Jadi, kalau ibu masih okay, maksudnya tahap seksi itu tidak keterlalua­n.

“Kritikan yang membina, saya terima secara positif kerana ia berguna untuk memperbaik­i kelemahan yang ada. Mana yang negatif dan merepek, saya abaikan,” katanya.

Sebagai selebriti dan wanita, pasti dia menitikber­atkan soal imej dan penampilan kerana ia antara elemen penting dalam dunia hiburan.

Walaupun lebih gemar

Memang sejak kecil, cita-cita saya adalah menjadi polis namun tidak kesampaian. Jadi, saya gambarkan karakter dalam lagu ini sebagai penyiasat wanita

LIZZY

mengenakan pakaian yang nampak santai dan sedikit ‘boyish’, dia akur dengan tuntutan kerjayanya.

“Ramai menganggap saya gadis ayu yang manis atau dalam kata lain, ‘control’ cantik.

“Saya sebenarnya sedikit ‘boyish’ dan kadangkala sangat berani dalam berpakaian.

“Bagaimanap­un selepas jadi artis, saya tahu kena jaga penampilan dan nampak lebih kewanitaan. Sekarang, saya selesa tampilkan gaya yang selesa,” katanya.

Ditanya mengenai penampilan­nya sebagai ‘polis’ dalam video muzik lagu Polis Entry, Lizzy berkata itu adalah ideanya.

“Buat kali pertamanya saya berpeluang mengarah video muzik sendiri dan saya pilih konsep ala-ala polis.

“Memang sejak kecil, citacita saya adalah menjadi polis namun tidak kesampaian. Jadi, saya gambarkan karakter dalam lagu ini sebagai penyiasat wanita,” katanya.

Sasar kahwin tahun depan

Berkongsi mengenai sisi peribadi dan cinta, Lizzy berkata dia belum bertemu jejaka sesuai untuk dijadikan pasangan.

“Setakat ini belum bertemu yang berkenan di hati. Kalau boleh saya nak lelaki yang lebih tinggi daripada saya. Lagi satu, biarlah dia ada integriti.

“Saya suka bercerita mengenai perkara-perkara fakta. Jadi, biarlah dia pun sama jadi perbualan kami akan lebih menarik dan tidak ‘mati’ begitu sahaja. Selain itu, dia kenalah jujur,” katanya.

Sebelum ini, ibu pernah memperkena­lkan Lizzy dengan seorang lelaki. Namun, tiada keserasian antara mereka.

“Dia kenalan keluarga kami. Orangnya baik, cuma rasanya bukan untuk saya,” katanya.

Sambung Lizzy, dia mahu menamatkan zaman bujang pada usia 26 tahun.

“Kalau boleh memang saya mahu berkahwin ketika berusia 26 tahun. Sekarang saya sudah 25 tahun dan belum punya kekasih.

“Kalau ada jodoh tahun depan, adalah. Kalau belum ada, tak mengapa. Saya bukan terdesak dan percaya akan bertemu jodoh apabila sampai masanya,” kata Lizzy yang berharap kerjaya seninya selepas ini berkembang tanpa sebarang kontrovers­i.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia