Harian Metro

HARAP SYAFIQ, HANNAH

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Osman ada alasan kukuh pilih pelakon bernilai komersial terajui

filem Langsuir

elemen komersial dapat menarik penonton ke pawagam, pilihan pelakon utama yang tepat amat penting. Turut membantu, kekuatan naratif serta lakon layar yang hebat.

Bagi pengarah berkaliber, Osman Ali, semua elemen terbabit semestinya diguna pakai untuk menjual filem yang dihasilkan.

Justeru, untuk filem terbaru arahannya, Langsuir yang menjengah pawagam pada 20 September ini, Osman mempertaru­hkan Syafiq Kyle dan Hannah Delisha selaku teraju utama.

Menurutnya, dia perlu membuat percaturan bijak dengan memilih pelakon yang popular dan diminati ramai.

“Saya berminat menggandin­gkan Syafiq dan Hannah dalam filem Langsuir selepas menonton lakonan mereka dalam drama Mencintaim­u Mr Photograph­er.

“Nilai komersial mereka tinggi. Persembaha­n lakonan juga mantap dan ada jiwa.

“Selaku pengarah, sememangny­a saya perlukan pelakon yang serasi di layar perak,” katanya.

Jelas Osman, keserasian pelakon sangat penting untuk memudahkan penceritaa­n sampai pada penonton.

“Beraksi dalam filem tidak sama seperti berlakon drama.

“Untuk filem, banyak elemen harus diberi perhatian. Apatah lagi, dalam karya seram yang plot ceritanya berkisar percintaan dua alam.

“Gandingan Syafiq dan Hannah tepat untuk watak Azlan serta Suri. Mereka bukan saja serasi, malah sangat komited sepanjang penggambar­an berlangsun­g,” katanya.

Ditanya andainya ada menyifatka­n Langsuir tidak jauh beza dengan filem seram pernah dihasilkan sebelum ini iaitu Puaka Tebing Biru dan Jwanita, Osman berkata, dia akan bersikap terbuka.

“Tak mengapa kerana penerimaan setiap penonton adalah berbeza. Jadi, kalau nak tahu adakah Langsuir ada persamaan dengan filem seram saya yang lalu atau sebaliknya, silalah tonton di pawagam.

“Usah buat andaian awal kerana ia tidak adil untuk sesebuah karya,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? SYAFIQ
HANNAH
SYAFIQ HANNAH
 ??  ?? OSMAN
OSMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia