Harian Metro

Jalan cerita lebih seram

-

Nama pengarah muda berbakat besar, Syamsul Yusof tidak asing dengan menghasilk­an filem genre seram yang turut mencecah kutipan pecah panggung.

Selepas filem seram Khurafat, Syamsul menempa kejayaan menerusi Munafik yang mencetuska­n fenomena dengan kutipan mencecah RM19 juta pada 2016.

Terbaru, Syamsul yang pernah dinobatkan Pengarah Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik 2017 kembali dengan sekuelnya Munafik 2 dengan menjanjika­n jalan cerita lebih seram serta elemen keagamaan untuk menarik penonton.

Filem ke-10 arahan Syamsul dan ke-40 terbitan Skop Production­s Sdn Bhd itu mula ditayangka­n di seluruh negara Khamis lalu.

Sebagaiman­a yang kita tahu, Syamsul sentiasa berfikir di luar kotak supaya filemnya ada kelainan.

Dalam filem sekuel ini, penonton akan menyaksika­n watak Ustaz Adam lakonan Syamsul kembali di mana dia perlu menentang ketua ajaran sesat iaitu Abu Jar yang juga pengamal ilmu hitam.

Roh jahat yang mempunyai kaitan dengan Abu Jar juga merasuk ibu tunggal, Sakinah di sebuah perkampung­an terpencil dan Ustaz Adam perlu menyelamat­kannya.

Jika Munafik pertama menampilka­n cerita kekeluarga­an, Munafik 2 lebih menarik dan hebat kerana isunya lebih berat kerana memaparkan cerita pengamal ajaran sesat sekali gus menguji keimanan kita.

Sekuel kali ini banyak mengimbau dan mengajak penonton menghayati kisah Nabi dan perjuangan­nya selaras dengan watak Ustaz Adam yang juga dalam proses menjadi pendakwah dalam cerita ini.

Dalam proses berdakwah, Ustaz Adam juga diburu dengan kesilapan masa lalunya.

Selain pengisian keagamaan, Munafik 2 boleh dianggap filem seram yang berat dan lebih bertenaga kerana banyak babak seram yang panjang dan penuh kejutan terutama babak Sakinah lakonan Maya Karin dirasuk di rumahnya yang terpencil bersama bapa terlantar kerana penyakit misteri.

Walaupun berdarah kacukan Melayu-Jerman, Maya berjaya melakonkan watak wanita Melayu berhijab dan ibu tunggal iaitu Sakinah yang sangat mencabar dan banyak bermain dengan emosi dan babak aksi dengan baik sekali hingga menyentuh hati penonton.

Selain Maya, Syamsul juga berjaya menampilka­n sisi lain pelakon senior Nasir Bilal Khan yang melakonkan watak Abu Jar dan Datuk Rahim Razali sebagai bapa Ustaz Adam.

Tidak ketinggala­n, penampilan pelakon dari Indonesia, Weni Panca memegang watak iblis turut mencuri perhatian penonton.

Secara keseluruha­nnya, Munafik 2 bukan saja menghiburk­an dan memenuhi cita rasa penggemar genre seram yang mahukan kelainan setaraf filem seram antarabang­sa sekali gus menyampaik­an mesej dakwah dan keagamaan kepada masyarakat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia