Harian Metro

Berkayak aktiviti keluarga

Minat Dr Amin dan isteri turut dikongsi anak yang pilih sukan itu sebagai aktiviti luar kampus

- Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

Malaysia 1992 atau SUKMA 1992 antara memori paling bermakna buat Timbalan Naib Canselor

Hal Ehwal Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjong Malim, Perak, Dr Md Amin Md Taff apabila mengenali pasanganny­a, Pazilah Yahaya ketika itu mewakili kontinjen kayak dari Kuala Lumpur.

Apabila mempunyai pasangan bergiat dalam bidang sama, Dr Amin berkata, beliau tidak sukar memilih aktiviti senggang yang sesuai dilakukan bersama keluarga ketika bercuti.

Malah kata pemegang ijazah kedoktoran falsafah dalam bidang Pengurusan Rekreasi Luar Universiti Putra Malaysia (UPM) itu, minat terhadap sukan kayak turut diwarisi anak-anak apabila ada sebahagian­nya memilih untuk terbabit dalam sukan itu sebagai kegiatan luar kampus.

Paling jelas ialah anak kedua, Nurul Ain Nadi Md Amin yang ketika ini mengikuti ijazah sarjana muda perubatan di Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) di Kuantan, Pahang antara paling menonjol dalam pembabitan sukan air lasak itu.

“Sudah menjadi satu kemestian buat kami sekeluarga meluangkan masa dengan aktiviti berkayak sekurangku­rangnya sekali setahun.

“Antara pilihan lokasi menarik untuk melakukan aktiviti berkenaan ialah di Perak iaitu Sungai Itek (Gopeng), Sungai Slim (Slim River) dan Sungai Sungkai.

“Malah kami sekeluarga turut berkesempa­tan menyertai aktiviti berakit arus deras di Sungai Nantahala, North Carolina, Sungai Potomac, Washington DC dan Sungai Shenandoah, Maryland, Amerika

Syarikat ketika saya memegang jawatan Pengarah Pendidikan Malaysia di Washington pada 2014 hingga 2017,” katanya.

Berbanding ibu bapa lain yang melihat sukan air itu terlalu berisiko sebagai aktiviti riadah keluarga, Dr Amin dan isteri mempunyai persepsi berbeza.

“Biarpun ramai ibu bapa beranggapa­n sukan ini tidak sesuai untuk anak-anak, pendapat saya dan isteri berbeza kerana dengan kaedah betul serta pendedahan awal, skil serta pengalaman mereka pelajari dapat membantu menyelamat­kan mereka.

“Khusus untuk anak kami, seawal usia lima tahun mereka sudah didedahkan dengan aktiviti sukan air ekstrem ini dalam membentuk daya tahan fizikal dan mental.

“Mereka berupaya berenang dan menyelamat­kan diri di arus deras hasil pendedahan terhadap sukan ini,” katanya.

Tambah Dr Amin, keempat-empat anaknya iaitu Nurul Izzah, 19, Nurul Ain Nadia, 18, Muhammad Iman, 17, dan Nurul

Batrisya, 11, tidak canggung mengendali­kan dayung.

“Ketika ini yang saya nampak serius ialah anak kedua yang pernah mewakili sekolah lamanya George Marshall High School di Amerika Syarikat dalam disiplin sukan sama.

“Apabila menyambung pengajian sekarang dalam perubatan di UIAM Kuantan Pahang, dia masih mencari peluang untuk menyertai sukan itu dan pernah muncul johan pertanding­an kayak UIAM,” kata Pemegang Malaysian Book of Records untuk terjunan kayak arus deras paling tinggi menerusi terjunan Sungai Singor pada 2005.

Sementara itu Pazilah yang memenangi pingat perak dan gangsa di SUKMA 1992 menyifatka­n sukan itu mempunyai peranan penting apabila mengajar erti pentingnya menjaga alam sekitar selain semangat berpasukan.

“Dalam sukan ini anakanak saya didedahkan dengan nilai moral tinggi termasuk pentingnya menjaga kebersihan alam sekitar. Sukan ini biasanya dilakukan di sungai, anak-anak menyedari membuang sampah boleh memberi kesan terhadap keindahan alam.

“Malah saya sendiri amat menyukai sukan ini kerana memberi peluang untuk menikmati keindahan alam setiap kali menyusuri pelbagai sungai di Malaysia hinggalah ke luar negara,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? MENDEDAHKA­N anak dengan sukan air itu sejak usia lima tahun lagi.
MENDEDAHKA­N anak dengan sukan air itu sejak usia lima tahun lagi.
 ??  ?? MENERUSI aktiviti air Dr Amin bertemu jodoh dengan isterinya, Pazilah.
MENERUSI aktiviti air Dr Amin bertemu jodoh dengan isterinya, Pazilah.
 ??  ?? AIR terjun dan sungai antara lokasi kegemaran keluargany­a.
AIR terjun dan sungai antara lokasi kegemaran keluargany­a.
 ??  ?? DR Amin sangat komited dengan sukan berkenaan.
DR Amin sangat komited dengan sukan berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia