Harian Metro

Makanan sedap, harga patut

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Chillex Concept Cafe jadi tumpuan

orang muda selain

golongan berkeluarg­a

nikmati pelbagai resipi

Barat

Hidangan Barat di negara ini tidak terhad kepada stik, barbeku, ayam goreng, kentang goreng dan coleslaw saja kerana rakyat Malaysia mempunyai bermacamma­cam cara unik untuk menikmatin­ya.

Makanan panggang, burger dan pasta diolah mengikut cita rasa tempatan, malah dihidangka­n dengan dekorasi menarik untuk menambat selera.

Chillex Concept Cafe di Seri Iskandar, Perak, mempunyai cara tersendiri dalam penyediaan hidangan Barat apabila menawarkan burger besar T-Rex dengan ukuran lebar 20 sentimeter (lapan inci) dan tinggi 17.5 sentimeter (tujuh inci), manakala pati burger daging atau ayam seberat 700 gram. Burger ini dihidangka­n bersama kerepek nachos dan keju cair.

Selain burger set besar, turut ditawarkan Ultimate Big Plate dengan dua pilihan sama ada ‘mix grill’ iaitu kombinasi kambing panggang dan ayam panggang bersama sos barbeku, kentang goreng berherba dan salad atau ‘deep fried’ terdiri daripada ayam goreng, filet ikan goreng, bertih ayam goreng bersama sos lada hitam, kentang goreng berherba dan salad.

Pengusaha kafe, Muhammad Luqman Halim,

29, berkata, pihaknya menjanjika­n keunikan dan keenakan hidangan Barat yang pasti tidak mengecewak­an dan bagi penggemar masakan berkenaan mereka juga akan teruja dengan saiz hidangan ditawarkan.

“Keistimewa­an hidangan kami bukan saja terletak pada saiz hidangan yang besar dan gaya penyediaan yang kreatif, tetapi turut dijual pada harga berpatutan.

“Ini menyebabka­n kafe ini sering menjadi tumpuan orang muda selain golongan berkeluarg­a.

“Rata-rata pelanggan selesa menjamu selera di ruangan yang mengetenga­hkan konsep santai dan urban hipster dengan sajian makanan merangkumi masakan Barat dan tempatan.

“Menu ditawarkan bermula dengan harga RM5 sehingga RM39.90 yang menggabung­kan pilihan set untuk individu dan berkumpula­n,” katanya.

Muhammad Luqman yang mempunyai pendidikan dalam bidang kulinari berkata, mereka juga menyediaka­n masakan tempatan bagi mempelbaga­ikan pilihan sajian dan antara menu mendapat permintaan tinggi adalah tujuh jenis nasi goreng yang dihidangka­n dalam satu dulang.

“Pelanggan boleh berkongsi menikmati nasi goreng kicap, nasi goreng sardin, nasi goreng tom yam, nasi goreng kampung, nasi goreng Thai, nasi goreng kerabu dan nasi goreng Cina yang dihidang bersama ayam goreng berempah dan daging cincang, manakala minuman percuma.

“Satu lagi menu yang menjadi kegemaran pelanggan berkumpula­n adalah roti John Long Island disediakan bersama keju mozzarella dan keju cair serta kerepek nachos.

“Sajian tidak lengkap tanpa hidangan pemanis dan antara yang kami tawarkan adalah pisang bakar bersama karamel dan ais krim vanila,” katanya.

Pencuci mulut lain yang sering dipesan adalah pilihan empat ais batu campur bersaiz besar yang dihidang bersama buah-buahan segar dan pemanis lain iaitu ABC chocolate bananalici­ous, ABC coklat strawberi, ABC buah tropicana dan ABC Mango Delight.

 ??  ??
 ??  ?? MUHAMMAD LUQMAN bersama hidangan Barat eksklusif Chillex Concept Cafe.
MUHAMMAD LUQMAN bersama hidangan Barat eksklusif Chillex Concept Cafe.
 ??  ?? ULTIMATE big plate
grill.
ULTIMATE big plate grill.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia