Harian Metro

GAYA SPORTY AUTOMATIK

- Lizam Ridzuan lizamridzu­an@nstp.com.my

Honda Vario 150 jengah pasaran

dengan ciri menarik

Pasaran dalam segmen motosikal transmisi automatik (AT) di negara ini kini semakin berkembang terutama yang berkuasa lebih tinggi sesuai buat perjalanan dalam bandar dengan pengendali­an mudah dan pantas.

Untuk menambah pilihan dan menyasarka­n mereka yang mahukan skuter sporty terbaru, Honda Vario 150 dilancarka­n baru-baru ini oleh pengedar utamanya di negara ini, Boon Siew Honda Sdn Bhd.

Model pemasangan tempatan itu yang dijana enjin 150cc silinder tunggal empat lejang sistem sejukan cecair mampu menjana kuasa 13.1PS pada 8,500rpm dan daya kilas 13.4Nm pada 5,000rpm dilengkapi teknologi Enhanced Smart Power (eSP) dan Sistem Brek Combi (CBS) bagi keselamata­n tambahan.

Vario 150 juga didatangka­n dengan Sistem Henti Melahu (ISS) yang akan mematikan enjin motosikal secara automatik ketika di simpang lampu isyarat dan akan dihidupkan kembali sebaik pendikit dipulas bagi tujuan penggunaan bahan api efisien.

Untuk rekaan sporty ia dipasang dengan dwilampu hadapan dan belakang LED yang bergaya dan jelas serta rak dalaman berkembar untuk ruang storan kecil.

Paparan panel meter digital LCD berteknolo­gi tinggi untuk maklumat perjalanan seperti penggunaan bahan api, jam digital, meter kelajuan, meter perjalanan, penggantia­n minyak enjin dan indikasi tahap bateri memudahkan penunggang.

Ia juga dilengkapi peredam sporty, rim sporty bersaiz 14 inci serta ruang simpanan di bawah tempat duduk berkapasit­i 18 liter yang boleh memuatkan satu topi keledar muka penuh.

Sistem Kunci Pintar

Honda pula menawarkan keselamata­n terbaik termasuk sistem penggera antikecuri­an, menghidupk­an enjin tanpa kunci serta fungsi ‘answer back system’ untuk memudahkan carian motosikal di kawasan parkir.

Bagi keselesaan, skuter ini dilengkapi dengan suspensi hadapan teleskopik dan suspensi tunggal pada bahagian belakang dan brek cakera hidraulik hadapan dan brek dram mekanikal pada bahagian belakang serta kapasiti bahan api 5.5 liter.

Didatangka­n dalam empat pilihan warna iaitu hitam mutiara, biru mutiara, perak metalik dan edisi Repsol, Honda Vario 150 dijual pada harga RM7,199 dan RM7,399 (edisi Repsol) dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau 20,000 kilometer, yang mana lebih dahulu.

 ??  ?? LAMPU LED belakang kombinasi ikonik.
LAMPU LED belakang kombinasi ikonik.
 ??  ?? RUANG simpanan 18 liter.
RUANG simpanan 18 liter.
 ??  ?? RAK dalaman berkembar.
RAK dalaman berkembar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia