Harian Metro

PRAKTIKAL DAN JIMAT

- Mohd Razlan Salleh mrazlan@nstp.com.my

SUV Toyota

Fortuner penuhi tuntutan keluarga atau

kerjaya

Mencari kenderaan bersesuaia­n untuk kegunaan harian atau menempuh perjalanan jauh sentiasa menjadi dilema, tambahan pula apabila memikirkan kos bahan api yang sentiasa meningkat.

Banyak faktor akan diambil kira sebelum membuat keputusan untuk membeli kenderaan yang tepat antaranya praktikali­ti, penyelengg­araan, alat ganti, nilai jualan semula dan harga.

Selain sedan, kenderaan pelbagai guna (MPV) atau kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak, pemilihan berdasarka­n kriteria tertentu kegunaan kenderaan itu sendiri.

Antara model dianggap paling berbaloi untuk dimiliki adalah SUV Toyota Fortuner tujuh tempat duduk yang sememangny­a dikenali di seluruh dunia.

Populariti model ini bukan hanya semata-mata buatan Toyota tetapi hadir dengan pakej sempurna sebagai kenderaan harian atau untuk perjalanan jauh.

Pertama, jentera ini dijana enjin diesel berkuasa dan menawarkan tujuh tempat duduk selain keupayaann­ya meredah sebarang permukaan jalan raya.

Model ini dijana enjin empat silinder 2,393cc 16 injap DOHC Intercoole­r VNT Diesel menghasilk­an 150PS pada 3,400 rpm manakala daya kilas maksimum 400Nm pada 1,600 hingga 2,000rpm.

Dengan nadi yang berkuasa ini, Toyota Fortuner mampu mengharung­i sebarang permukaan jalan raya tanpa sebarang masalah.

Sistem pacuan empat roda memastikan hantaran kuasa seimbang selain sistem gantungan Independen­t Double Wishbone with Coil

Spring & Stabiliser pada roda depan dan 4-link

Coil Spring with Lateral Control Rod & Stabiliser di belakang membantu menyerap segala hentakan dengan cemerlang.

Sistem transmisi automatik enam kelajuan memastikan penggunaan bahan api yang cekap dan isian penuh 80 liter mampu mencatatka­n jarak perbatuan yang tinggi.

Daripada segi praktikali­ti pula, Fortuner boleh dianggap kenderaan yang mewah dengan teknologi yang sangat membantu seperti kemasukan pintar tanpa kunci dan butang penghidup enjin selain bukaan but belakang kawalan automatik.

Ruang dalamannya serba premium apabila semua tujuh tempat duduk disulam balutan kulit, penyaman udara automatik, meter Optitron dengan paparan pelbagai info (MID) sementara sistem hiburan dengan skrin sesentuh bersaiz lapan inci bersama MP3, port USB, Bluetooth, navigasi dan kamera undur.

Malah, monitor pandangan panoramik (PVM) membolehka­n pemandu melihat keseluruha­n kenderaan pada sudut 360 darjah selain perakam video digital (DVR).

Ciri luaran menampilka­n sisi mewah apabila lampu hadapan projektor Bi-LED, lampu nyalaan siang (DRL) dan lampu belakang LED.

Padanan rim aloy 18 inci pelengkap kepada ciri sporty yang ada pada model ini.

Oleh kerana

Fortuner jentera lasak dan premium, Toyota Fortuner didatangka­n dengan ciri keselamata­n seperti tujuh beg udara, Sistem Brek AntiKunci (ABS), Bantuan

Brek (BA), Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Kawalan Bantuan Menurun Bukit (DAC), Lampu Berhenti Kecemasan (ESS) dan Trailer Sway Control (TSC).

Fortuner antara SUV tujuh tempat duduk yang menerima penarafan lima bintang ujian pelanggara­n ASEAN-NCAP.

 ??  ?? TOYOTA Fortuner lebih besar dan moden.
TOYOTA Fortuner lebih besar dan moden.
 ??  ?? BAHAGIAN hadapan premium.
BAHAGIAN hadapan premium.
 ??  ?? RUANG but belakang luas.
RUANG but belakang luas.
 ??  ?? ENJIN 2.4L DOHC Intercoole­r VNT Diesel tawar 400Nm tork.
ENJIN 2.4L DOHC Intercoole­r VNT Diesel tawar 400Nm tork.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia