Harian Metro

Guna radar, kamera

Pemanduan lebih selamat dengan teknologi pintar Honda SENSING

- PANDU UJI Mohd Razlan Salleh mrazlan@hmetro.com.my

keterlalua­n apabila penulis mengandaik­an sejak generasi pertama kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda CR-V diperkenal­kan pada 1997, crossover berkenaan menjadi antara kenderaan pilihan ramai.

Tahun berganti tahun, lima generasi SUV berkenaan sudah menguasai pasaran segemen berkenaan.

Terbaru, Honda Malaysia memperkena­lkan model CR-V yang dianggap antara SUV terbaik dalam kelasnya.

Penulis berkesempa­tan memandu uji model popular ini yang didatangka­n dengan enjin turbo dan teknologi Honda SENSING.

Seperti sedia maklum, jenama Honda tidak pernah mengecewak­an pembeli dengan setiap produk ditawarkan­nya.

Ini boleh dilihat melalui laporan tahunannya yang menunjukka­n peningkata­n jualan setiap tahun.

Jentera keluaranny­a sentiasa mempunyai peminatnya yang tersendiri sama ada reka bentuk, teknologi atau pengaruh emblem ‘H’ itu sendiri.

Berbalik kepada CR-V, meskipun penulis lewat menerima unit pandu uji ini, perasaan teruja tetap ada.

Malah, kenderaan ini digunakan penulis untuk ke pantai timur menghadiri tugasan kerja di sana.

Sebaik kunci pintar Honda CR-V 1.5L TC-P diserahkan, penulis tanpa membuang masa bergegas ke tugasan dan cuba mencari keistimewa­an SUV pilihan ramai ini.

Paling mengagumka­n adalah teknologi Honda SENSING yang melengkapi SUV generasi kelima ini.

Bagi pembaca yang masih tertanya-tanya, apakah Honda SENSING, kata mudahnya adalah

‘mata ketiga’ pemandu yang dikawal oleh radar.

Jika kita lihat model Honda yang dilengkapi teknologi ini, pasti ternampak kotak hitam di bahagian gril hadapan yang menempatka­n radar ini.

Selain penggunaan radar, teknologi pintar ini dibantu kamera yang mengesan atau mengenali situasi semasa jalan raya, seterusnya memberikan amaran awal kepada pemandu bagi mengelak pelanggara­n.

Honda SENSING membantu pemanduan lebih selamat dan selesa merangkumi beberapa fungsi seperti Amaran

Keluar Lorong (LDW), Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS), Sistem Mitigasi Keluar Daripada Jalan (RDM), Sistem Amaran Pelanggara­n Hadapan (FCW), Sistem Brek Mitigasi Pelanggara­n (CMBS), Kawalan Pemanduan Adaptif (ACC) dan Sistem Mengikuti Kenderaan.

Setiap sistem ini mempunyai tugasnya yang tersendiri.

LDW misalnya akan memberi amaran apabila pemandu terkeluar daripada lorong dengan mewujudkan getaran pada stereng, manakala LKAS memberi input ketepatan stereng untuk mengekalka­n kenderaan di lorong sepatutnya dan RDM pula membantu mengawal stereng

 ??  ?? BAHAGIAN belakang rekaan terkini.
HONDA CR-V dengan ide
BAHAGIAN belakang rekaan terkini. HONDA CR-V dengan ide

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia