Harian Metro

MINI JENGAH THAILAND

- Mohd Razlan Salleh mrazlan@nstp.com.my

BMW Group Malaysia melakar satu lagi kejayaan apabila menyerahka­n kelompok pertama dua varian MINI Countryman ke Thailand.

Kedua-dua varian berkenaan, MINI Cooper S Countryman dan MINI Cooper S Countryman Hightrim adalah model yang dipasang dari kilang rakan kerjasama BMW Group Malaysia, INOKOM Corporatio­n di Kulim, Kedah.

Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl, berkata kilang INOKOM Corporatio­n menjalin kerjasama antara Sime Darby Berhad dan pihaknya adalah antara 30 lokasi produksi di 14 negara di seluruh dunia yang berfungsi bagi BMW Group.

“Ini adalah satu pencapaian penting bagi kami di rantau Asia Tenggara apabila mampu menawarkan sokongan dan khidmat bagi pasaran serantau.

“Kami membangunk­an fasiliti pemasangan domestik bersama rakan kerjasama di peringkat tempatan serta jaringan pembekal tempatan yang bermatlama­t untuk memberi sokongan kepada permintaan rantau ini,” katanya.

Harald berkata, inisiatif eksport diperkenal­kan

BMW Group Malaysia adalah hasil kejayaan Perjanjian Perdaganga­n Barangan ASEAN (ATIGA).

“ATIGA menggalakk­an perdaganga­n intra-ASEAN dan memastikan aliran bebas bagi barangan di ASEAN direalisas­ikan dan membantu BMW Group untuk memanfaatk­an kilangnya di ASEAN dengan lebih efisien,” katanya.

Beliau berkata, perjanjian itu memberi fleksibili­ti kepada syarikat pengeluar untuk memenuhi permintaan pasaran peringkat domestik dan tujuan eksport.

Terdahulu, MINI Cooper S Countryman dijual pada harga THB2,299,000 (RM259,557) manakala

MINI Cooper S Countryman Hightrim ditawarkan pada harga THB2,499,000 (RM282,137), kedua-duanya termasuk cukai nilai tambah (VAT).

Model ini menawarkan ruangan luas menempatka­n lima tempat duduk dan keselesaan dan kefungsian tambahan.

Sementara MINI Cooper S Countryman Hightrim menampilka­n gaya sporty dan serba klasik serta ruangan dalaman digayakan dengan warna hitam selain sistem bunyi Harman Kardon Hi-Fi.

Diinspiras­ikan kokpit pesawat, paparan HeadUp MINI menyampaik­an informasi pemanduan penting seperti kelajuan kenderaan dan pemandu boleh melihat paparan ini dengan baik tanpa menjejaska­n penglihata­n dan perhatian terhadap jalan raya.

Keduadua model ini dikuasakan enjin petrol 2.0L empat silinder dengan teknologi TwinPower Turbo yang mampu menjana 192 kuasa kuda (hp) dan tork maksimum 280 Nm serta dipadankan bersama transmisi automatik Steptronic lapan kelajuan.

BMW Group Malaysia mula eksport MINI Countryman ke negara jiran

 ??  ?? MINI Cooper S Countryman berkuasa turbo. LAMPU belakang berwajah baharu. MINI Cooper
S Countryman Hightrim gaya sporty dan klasik.
GAYA sejati Eropah.
MINI Cooper S Countryman berkuasa turbo. LAMPU belakang berwajah baharu. MINI Cooper S Countryman Hightrim gaya sporty dan klasik. GAYA sejati Eropah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia