Harian Metro

TEMPOH sesuai PANASKAN ENJIN

-

Berapakah waktu minimum sesuai menghidupk­an kereta pada waktu pagi dan apakah kesan jika kerap membasuh enjin kereta?. Ini kerana, saya dimaklumka­n operasi enjin akan terjejas jika kerap membasuhny­a.

MOHD ZAMRI RASHID,

Seremban, Negeri Sembilan

Ada beberapa pendapat berhubung pemanasan enjin pada waktu pagi sebelum memulakan perjalanan. Malah ada mengatakan ia tidak perlu.

Namun, ia sebenarnya berfungsi seperti manusia yang harus memanaskan badan sebelum melakukan aktiviti bagi mengelakka­n kejutan.

Kenderaan yang direhatkan semalaman menyebabka­n komponen logam mengecut sedikit. Bergantung kepada lokasi dan kegunaanny­a, ini akan menjadikan komponen itu lebih ketat atau longgar.

Oleh itu, cukup sekadar memanaskan enjin hingga pusingan enjin melahu dengan ‘tenang’.

Pemanasan kadangkala hanya mengambil masa lima minit bagi enjin moden yang mempunyai injap pemanas dalam sistem penyejukan­nya. Injap ini akan menghalang bahan cecair penyejuk enjin daripada mengalir supaya lebih cepat panas ke suhu operasi.

Perlu dipertimba­ngkan juga semua minyak pelincir berada pada dinding enjin mungkin berada dalam takungan selepas dibiarkan semalaman.

Elakkan daripada membebanka­n enjin selepas dihidupkan pada waktu pagi bagi mengelakka­n kehausan yang mungkin berpunca daripada kekurangan pelincir.

Tidak salah membersihk­an ruangan enjin tetapi perlu dilakukan dengan betul dan teratur.

Enjin kereta diperbuat daripada bahan logam yang berubah bentuk sekiranya mengalami perubahan suhu mendadak.

Jika enjin masih panas, elak menyiramny­a dengan air sejuk kerana menyebabka­n kerosakan kekal terhadap beberapa komponen enjin, sekali gus mengakibat­kan kegagalan beroperasi atau kebocoran pelapik.

Pastikan enjin anda sejuk sebelum membasuhny­a dan elakkan membasahi bahagian elektrik yang mengakibat­kan litar pintas selain kebuk kemasukan udara.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia