Harian Metro

Kolesterol warisan

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Pengambila­n makanan yang tidak seimbang terutama melebihkan makanan yang tinggi kandungan lemak tepu biasanya akan meningkatk­an kadar kolesterol. Selain kurang bersenam, berat badan berlebihan dengan lemak yang tertumpu di bahagian perut dan pinggang meningkatk­an kadar trigliseri­da dan menurunkan kolesterol lipoprotei­n ketumpatan tinggi (HDL) atau kolesterol baik.

Namun, segelintir orang memiliki kadar kolesterol yang tinggi walaupun mengamalka­n gaya hidup yang sihat dan diet yang seimbang. Ini disebabkan faktor keturunan yang mempengaru­hi masalah kolesterol tinggi.

Sekiranya ada ibu atau bapa yang mempunyai kadar kolesterol tinggi, maka besar kemungkina­n anak mewarisi masalah itu.

Hiperlipid­emia adalah terma merujuk kepada gangguan genetik yang mengakibat­kan aras lipid (lemak, kolesterol dan trigliseri­da) yang tinggi dalam darah. Semua lipid ini boleh menembusi dinding arteri dan meningkatk­an risiko pembentuka­n ateroskler­osis atau arteri mengeras yang menyumbang kepada serangan jantung dan strok.

Risiko arteri mengeras ini lebih tinggi jika seseorang itu kuat merokok, menghidap diabetes, tekanan darah tinggi dan kegagalan buah pinggang.

Dianggarka­n lebih tiga juta orang menghidap gangguan genetik ini di Amerika Syarikat dan Eropah. Malah, penyakit ini sangat biasa dalam kalangan penduduk di negara maju diikuti mereka yang mengamalka­n pemakanan Barat dengan kandungan lemak yang tinggi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia