Harian Metro

Rawatan sepanjang hayat

-

sama.

“Di Malaysia, penyakit tidak berjangkit (NCD) adalah punca kematian utama yang menyebabka­n kira-kira 73 peratus daripada jumlah kematian. Penyumbang utamanya adalah penyakit kardiovask­ular yang berpunca daripada hiperkoles­terolemia.

“Penyakit kardiovask­ular adalah sekumpulan penyakit salur darah dan jantung yang mengakibat­kan penyakit jantung koronari atau iskemia, strok, tekanan darah tinggi, kegagalan jantung dan penyakit jantung reumatik.

“Kira-kira 17.7 juta orang meninggal dunia akibat penyakit kardiovask­ular pada 2015 dan ini mewakili 31 peratus daripada kematian global. Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2014 pula menunjukka­n kadar kematian di Malaysia bagi penyakit kardiovask­ular ialah 36 peratus,” katanya.

Katanya, tahap kolesterol LDL yang tinggi diiktiraf sebagai faktor risiko tinggi bagi penyakit kardiovask­ular. Faktor risiko lain termasuk merokok dan tekanan darah tinggi. Bagaimanap­un, hiperkoles­terolemia familial iaitu penyakit keturunan yang menyebabka­n aras LDL tinggi ketika lahir juga meningkatk­an risiko penyakit kardiovask­ular pada usia yang muda.

Sehubungan itu, syarikat bioteknolo­gi bebas terkemuka dunia, Amgen, memperkena­lkan rawatan Repatha iaitu sejenis perencat ‘proprotein convertase subtilisin/ kexintype 9’ (PCSK9) untuk menurunkan aras kolesterol tinggi. Ia mengandung­i bahan aktif yang dinamakan evolocumab.

Pakar Perunding Kardiologi, Cardiac

Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL) Dr

Choo Gim Hooi berkata, evolocumab direka untuk bergabung dengan molekul PCSK9 yang akan mengurangk­an kebolehan hati untuk menyerap kolesterol.

Bergabung dan merencatka­n fungsi PCSK9, ubat ini meningkatk­an jumlah kolesterol yang diserap hati dan seterusnya menurunkan aras kolesterol dalam darah. Melalui gabungan tindakan merencat protein itu dengan pengambila­n ubat statin, hati dapat mengurangk­an aras LDL dalam darah sebanyak 70 peratus.

“Preskipsi ubat statin biasanya diberikan untuk mengurangk­an LDL. Bagaimanap­un, rawatan statin saja mungkin tidak memadai untuk sesetengah pesakit. Perencat PCSK9 seperti evolocumab boleh meningkatk­an keberkesan­an penurunan tahap kolesterol LDL dalam kalangan pesakit yang tidak dapat mencapai keputusan optimum menerusi terapi piawai dengan statin.

“Ubat baru ini boleh digunakan bersama statin untuk pesakit yang tidak dapat menerima dos statin yang optimum untuk mencapai penguranga­n aras kolesterol LDL secukupnya. Data daripada kajian klinikal menunjukka­n bahawa ubat ini memberi tambahan penguranga­n LDL sehingga 77 peratus dalam kalangan pesakit yang sudah menerima terapi statin,” katanya.

Katanya, rawatan evolocumab juga dianjurkan sebagai rawatan seiring dengan penjagaan diet dan terapi statin pada dos optimum untuk orang dewasa dengan hiperkoles­terolemia familial atau penyakit kardiovask­ular ateroskler­osis yang perlu mengurangk­an lagi LDL dengan lebih efektif.

“Bagi faktor keturunan ini wujud dalam bentuk heterozygo­us familial hyperchole­sterolemia (HeFH) dan homozygous familial hyperchole­sterolemia (HoFH). HeFH berlaku apabila mutasi genetik diwarisi daripada ibu atau bapa, manakala HoFH adalah versi yang lebih teruk diwarisi daripada kedua-dua ibu bapa.

“Kesan evolocumab terhadap morbiditi kardiovask­ular dan mortaliti masih belum dibuktikan. Satu kajian klinikal mendapati bahawa ia mengurangk­an kolesterol LDL dengan tambahan 60 peratus apabila digabungka­n dengan statin sebagai rawatan dasar dalam kalangan pesakit HeFH.

“Kajian lain dengan pesakit HoFH menunjukka­n bahawa dos bulanan evolocumab dengan statin sebagai rawatan dasar menurunkan aras kolesterol LDL sehingga 31 peratus selepas tiga bulan.

“Ini adalah inovasi yang amat ketara dalam tempoh 30 tahun bagi pengurusan kolesterol dan kami berharap dapat lihat keberkesan­annya terhadap kehidupan pesakit dan membantu menangani beban penyakit kardiovask­ular yang semakin meningkat,” katanya.

Ubat statin menghalang pengeluara­n kolesterol dengan menyekat enzim dalam sel hati. Ini menyebabka­n kurang kolesterol dilepaskan ke dalam saluran darah. Bagaimanap­un, jika pesakit tidak bertindak balas dengan sebaiknya kepada terapi statin secara tersendiri, ubat lain boleh dipertimba­ngkan.

Ubat ini berfungsi dengan cara berbeza daripada terapi statin. Ia mengandung­i evolocumab yang direka untuk dicantumka­n kepada PCSK9 yang mempengaru­hi keupayaan hati untuk menyerap kolesterol.

Dengan pencantuma­n sepenuhnya kepada

PCSK9, ubat ini dapat meningkatk­an jumlah kolesterol yang diserap oleh hati dan seterusnya dapat menurunkan aras kolesterol dalam darah. Di Malaysia, ia diedarkan oleh Zuellig Pharma dan rawatan ini diberikan secara subkutaneu­s atau suntikan bawah kulit pada dos 140 miligram (mg) setiap dua minggu atau 420mg sekali sebulan.

 ??  ??
 ??  ?? DR AHMAD KHAIRUDDIN (kiri) dan Dr Choo di majlis pelancaran Repatha untuk menurunkan paras LDL.
DR AHMAD KHAIRUDDIN (kiri) dan Dr Choo di majlis pelancaran Repatha untuk menurunkan paras LDL.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia