Harian Metro

Ramai kanak-kanak hidap miopia

-

Kesan buruk jangka panjang tingkat risiko degenerati­f seperti retina tertanggal, katarak, kemerosota­n makula, glaukoma

Selangor pada 2003.

“Dalam jumlah peserta itu, 9.8 peratus kanakkanak berusia tujuh tahun mengalami miopia, manakala 34.4 peratus pelajar berusia 15 tahun,” katanya ditemui pada Persidanga­n Ortokerato­logi dan Pengawalan Myopia Sedunia (GOMCC) dianjurkan pertama kali oleh AMO dengan kerjasama Essilor iaitu syarikat optik oftalmik terkemuka dunia di ibu negara, baru-baru ini.

Woon berkata, dalam kajian lain membabitka­n 1,752 kanak-kanak sekolah berusia tujuh hingga 12 tahun di Gombak pada 2006 mendapati pelajar Cina lebih ramai mengalami miopia iaitu 30.9 peratus, diikuti pelajar India (12.5 peratus) dan pelajar Melayu (9.2 peratus).

“Penyelidik di negara ini juga mendapati miopia lebih dialami kanak-kanak pada usia sekolah. Dalam kajian membabitka­n 840 pelajar berusia tujuh hingga 12 tahun di 10 sekolah rendah di Kota Bharu, Kelantan mendapati 5.4 peratus daripada peserta mengalami rabun jauh.

“Kajian terhadap 400 kanak-kanak prasekolah berusia empat hingga enam tahun di Kuching, Sarawak pada 2013 pula mendapati 4.5 peratus mengalami masalah penglihata­n ini,” katanya.

Sehubungan itu, usaha meneruskan inovasi dalam penyelesai­an untuk memperbetu­lkan dan mengawal miopia suatu misi penting bagi Essilor untuk memberikan kualiti kehidupan lebih baik dengan memperbaik­i masalah penglihata­n.

Naib Presiden Perkhidmat­an Pendidikan dan Profesiona­l Essilor Asia Pasifik, Timur Tengah, Russia dan Afrika, Dr

John Ang berkata, sebagai peneraju dunia dalam industri penjagaan mata ia menjadi tanggungja­wab syarikat memainkan peranan dalam pengurusan miopia termasuk menawarkan pelbagai penyelesai­an terhadap individu dengan rabun jauh.

“Persidanga­n ini adalah antara langkah kami melengkapk­an golongan profesiona­l dengan pengetahua­n dan kemahiran penjagaan mata seterusnya kemahiran pengurusan miopia. Ini penting untuk menangani kenaikan bilangan miopia dalam kalangan orang muda.

“GOMCC adalah persidanga­n pertama di Malaysia yang memberi tumpuan kepada pengawalan miopia. Persidanga­n dua hari itu membentang­kan minda klinikal dan penyelidik­an utama antarabang­sa untuk menemukan 250 orang ahli optometri ke barisan hadapan dalam pengurusan miopia,” katanya.

TIP PENGURUSAN MIOPIA DALAM KALANGAN KANAK-KANAK

Banyakkan aktiviti luar rumah sekurangku­rangnya sejam.

Memakai perlindung­an ultraviole­t (UV) untuk mata ketika berada di luar rumah.

Menggunaka­n gajet pada jarak mata yang selamat dengan postur tubuh yang betul.

Rehatkan mata setiap 30 minit ketika membaca atau menggunaka­n gajet. Ambil makanan sihat. Dapatkan tidur yang cukup.

Dapatkan pencahayaa­n yang cukup ketika membaca atau bermain dalam rumah.

 ?? FOTO ??
FOTO
 ??  ?? PENYELIDIK dan Pembanguna­n Optik Essilor, Dr Damien Paille (kiri), Dr John dan Woon pada sidang media Persidanga­n GOMCC.
PENYELIDIK dan Pembanguna­n Optik Essilor, Dr Damien Paille (kiri), Dr John dan Woon pada sidang media Persidanga­n GOMCC.
 ??  ?? WOON
WOON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia