Harian Metro

ELAK KEKURANGAN SEL HEMOGLOBIN

-

Punca utama anemia disebabkan kekurangan zat besi. Faktor lain termasuk pendarahan yang berlebihan, kerosakan sel darah merah secara berlebihan iaitu hemolisis atau pembentuka­n sel darah merah yang tidak berkesan iaitu hematopoie­sis, pendarahan usus, kekurangan vitamin B12, kekurangan asid folik, gangguan fungsi sumsum tulang atau disebabkan menghidap penyakit kronik tertentu seperti kanser dan HIV/AIDS. Semua masalah ini boleh mempengaru­hi penghasila­n sel darah merah seseorang.

Diet sihat, dengan kandungan nutrisi penting untuk menyokong kandungan dan menaikkan aras hemoglobin dalam darah, paling utama bagi proses kehamilan dan kelahiran yang selamat. Makanan yang disarankan termasuk: 1. Daging merah Berbanding daging putih daripada ayam atau burung, daging merah daripada haiwan seperti kambing, kerbau, dan lembu lebih kaya dengan protein dan mengandung banyak zat besi serta mineral lain seperti vitamin A, D, K, B2, B3, B6 dan B12, asid amino, Omega-3, dan selenium yang diperlukan ibu hamil. Semua mineral ini meningkatk­an hemoglobin dengan cepat.

2. Telur

Telur mengandung protein, kalsium, dan vitamin serta zat besi yang penting ketika hamil.

3. Produk tenusu Sewaktu mengandung, anda perlu ambil protein dan kalsium tambahan untuk memenuhi keperluan janin yang semakin meningkat. Susu sumber makanan terbaik kalsium dan menyediaka­n jumlah fosforus, vitamin B, magnesium dan zink yang boleh menyokong penyerapan zat besi yang optimum. Antaranya ialah keju, yogurt, mentega dan susu.

Namun, susu juga menjejaska­n daya penyerapan zat besi. Walaupun ia sumber kalsium yang baik untuk kesihatan kehamilan anda, jarakkan pengambila­nnya sekurang-kurangnya dua jam selepas memakan pil zat besi.

4. Sayur berdaun hijau Sayur-sayuran yang tinggi kandung zat besi adalah sayur berdaun hijau terutama bayam. Selain itu, brokoli, kangkung, pegaga, pucuk paku, kailan dan sawi juga amat membantu ibu hamil mengelakka­n anemia. Selain itu, sayur hijau mempunyai kandungan asid folik membantu pertingkat­kan kesihatan ibu hamil.

5. Kekacang dan bijirin Kekacang berasaskan sumber tumbuh-tumbuhan sangat kaya dengan protein, besi, folat (B9) dan kalsium yang sangat diperlukan ketika mengandung. Folat adalah antara vitamin B (B9). Ia sangat penting untuk kesihatan ibu dan janin terutama pada trimester pertama. Antaranya ialah walnut, badam, gajus, pistachio, kacang panjang, buncis dan kacang botol. (Pastikan anda tidak alah terhadap bijirin tertentu sebelum memakannya).

6. Buah-buahan Buah-buahan yang kaya dengan vitamin C perlu diambil dalam kadar berpatutan seperti jambu batu, oren dan buah kiwi kerana ia boleh menolong tubuh memperting­katkan penyerapan zat besi. Jambu batu sangat kaya dengan vitamin C iaitu dua kali kandungan vitamin C berbanding oren.

7. Khasiat tambahan disyorkan ketika hamil adalah seperti asid folik, zat besi, minyak ikan dan zink.

Dengan langkah pemantauan dan rawatan yang betul sejak awal kehamilan, anda berupaya melahirkan bayi dalam keadaan sihat tanpa perlu terbabit dalam komplikasi berkaitan masalah hemoglobin atau anemia.

 ??  ??
 ??  ?? SEL darah merah.
SEL darah merah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia