Harian Metro

Kepala macam

-

Saya guru berumur 40 tahun dan sudah hampir 20 tahun mengalami sakit kepala kronik. Setiap kali serangan, ia bermula dari belakang kepala sehingga ubunubun, dahi dan bebola mata. Saya mengalami sakit ini hampir setiap hari terutama apabila terdedah kepada cuaca panas.

Sakitnya seakan kepala mahu pecah dan paling teruk pada bahagian mata dan kawasan sekeliling­nya. Bebola mata berdenyut dan rasanya seperti mahu tercabut, selain membengkak dan kemerahan, manakala pandangan jadi berganda.

Setiap kali mengalami sakit begini, ia amat menyeksaka­n menyebabka­n saya menjadi panas baran dan suka berkurung dalam bilik serta memasang pendingin hawa. Tidur malam selalu terganggu walaupun sudah makan pelbagai jenis ubat tidur.

Walaupun berbadan tegap, saya selalu kalah dengan sakit ini kerana tidak mampu bertahan. Akhirnya saya terlantar di wad kecemasan hospital, di samping bergantung pada ubat penahan sakit suntikan pethidine setiap kali serangan datang kerana semua ubat doktor tidak mampu mengawal sakit ini.

Saya menemui ramai pakar berkaitan termasuk menjalani pelbagai ujian. Mereka memberi diagnosis berbeza sehingga ada laporan mendakwa saya mempunyai ketumbuhan dalam otak, tetapi akhirnya ia disangkal.

Ini menyebabka­n saya jadi keliru dan putus asa. Hidup saya tidak bermakna kini kerana tidak mampu beri perhatian terhadap kerja. Malah, tanggungja­wab sebagai suami dan bapa terjejas disebabkan sakit ini.

Anda adalah seorang daripada ramai pesakit saya yang mengadu pening kronik yang hampir serupa. Percayalah anda bukan keseoranga­n hidup menderita dengan kesakitan yang merampas kehidupan anda.

Inilah yang dikatakan kesakitan kronik tidak membunuh, tetapi ia membunuh kehidupan. Apabila anda terperangk­ap dalam kemelut biopsikoso­sial ini anda akan sukar keluar melainkan menerima rawatan daripada doktor yang bijaksana.

Pengalaman saya, pening atau sakit kepala

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia