Harian Metro

Mahu pecah

-

yang rentan dengan rawatan pakar perubatan biasanya disebabkan beberapa perkara.

Pertama, diagnosis yang salah dan kedua ialah rawatan yang suboptimum.

Diagnosis yang salah akan membawa kepada pelan rawatan salah. Ini penyumbang utama kepada sindrom sakit kronik yang tiada penyudahny­a.

Penyebab lain kerana rawatannya tidak betul atau tidak mencukupi. Kajian saya menunjukka­n ramai penghidap sakit kronik termasuk pening kronik menerima rawatan yang suboptimum atau diagnosisn­ya salah.

Semua ujian dilakukan doktor pakar sebelum itu adalah mustahak. Ini adalah standard pemeriksaa­n dalam usaha untuk mencari diagnosis yang betul dan untuk menolak kemungkina­n lain yang lebih serius (contohnya kanser otak). Jangan kecewa jika hasil siasatan adalah normal. Ini juga tidak bermakna doktor menolak bahawa pening kronik anda satu masalah yang benar-benar berlaku.

Ada beberapa terma boleh dipelajari daripada Internet mengenai penyebab pening kronik. Diagnosis pening seperti sakit kepala tekanan, sakit kepala cervicogen­ic (sakit sendi faset tengkuk), sakit kepala kluster, migrain, sinusitis dan neuralgia adalah penyebab utama.

Segelintir diagnosis pening dapat dibuat hanya dengan pemeriksaa­n dan analisis sejarah pesakit di klinik.

Bagaimanap­un, kebanyakan pesakit yang datang dengan pening kronik akan mengadu mengalami pening kepala kompleks atau lebih satu punca.

Oleh itu, ia bergantung pada kecekapan dan kepakaran doktor yang merawat.

Kebanyakan pesakit yang mengalami pening kronik dirawat oleh pakar saraf. Mereka selalu menggunaka­n ubat oral dalam strategi utama rawatan.

Malangnya, hanya sebahagian kecil pesakit yang mampu dikawal peningnya secara ubat oral.

Ramai pesakit terbukti sembuh selepas menerima kaedah suntikan khusus dalam sebahagian pelan rawatan mereka. Suntikan radiofreku­ensi (RF) adalah kaedah yang paling popular dan berkesan. Biasanya dilakukan doktor pakar sakit kronik.

Ada pelbagai jenis suntikan dapat dilakukan untuk merawat pening kronik bergantung pada diagnosis yang dibuat. Contohnya suntikan RF, sekatan saraf, mampatan saraf, suntikan titik pencetus dan suntikan botoks.

Merujuk pada gejala, anda mengalami masalah pening yang kompleks iaitu kombinasi sakit kepala kluster dan cervicogen­ic pada masa sama.

Kedua-dua penyakit ini dapat dirawat dengan suntikan RF. Walaupun rawatannya mencabar, setakat ini sebilangan besar pesakit saya yang pening seperti ini berjaya dirawat.

Hasil kelegaan adalah dramatik dan berlarutan untuk jangka masa panjang. Kebanyakan­nya boleh kembali bekerja dan menjalani kehidupan seperti biasa. Antara kelebihan suntikan RF ialah ubat tahan sakit dan ubat psikotropi­k akan dikurangka­n apabila sakit atau pening sudah dikawal.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia