Harian Metro

Yasin tak duduk diam

- Nor Akmar Samudin akmar@nspt.com.my

10 tahun kerjaya Yasin Brothers suram namun dia yang menghambak­an diri dalam dunia seni lebih dua dekad tidak pernah patah semangat untuk bangkit semula dengan menerbitka­n karya baharu lebih segar.

Kata Yasin, dunia seni sudah sebati dalam dirinya lantaran itu apa yang berlaku sebagai ujian yang memberi kekuatan untuk terus muhasabah dan memperbaik­i kelemahan diri.

“Hidup adalah perjuangan jadi saya mesti bangkit semula dan Alhamdulil­lah ramai rakan memberikan sokongan sehingga lahirnya album solo baharu di bawah label Warner Music.

“Album ini memuatkan sembilan lagu baharu ciptaan saya sendiri dan sebagai strategi pemasaran, syarikat rakaman merancang memperkena­lkan semua lagu satu persatu.

“Single pertama dan kedua yang dipertaruh­kan berjudul Hidup! dan Ya Zhaljud. Saya ketepikan soal persaingan kerana apa yang penting saya mahu terus berkarya dan memberikan yang terbaik kepada peminat.

“Lagipun album berkonsepk­an ketuhanan, lagu dan liriknya relevan sepanjang zaman,” katanya.

Meskipun ada ketika perkembang­an dirinya kurang dipaparkan dalam media, Yasin terus bergerak cergas menghasilk­an karya baharu buat rakan artis lain.

“Saya tidak pernah duduk diam dan saya akan terus berkarya,” katanya.

Perkembang­an lain, pada 15 September ini, Yasin akan membuat persembaha­n dan menyertai Larian Merdeka 2018 (Merdeka Night Run) anjuran Syarikat Oriental Businessli­nk Events & Media Sdn Bhd dengan kerjasama Permodalan Guru Malaysia disokong Kementeria­n Belia Dan Sukan.

Jelas Yasin, dia sudah lama tidak ‘berlari’ dan penyertaan itu bukan untuk menang tetapi sekadar memeriahka­n.

“Menariknya larian itu diadakan pada sebelah malam yang mana suasananya lebih relaks.

“Larian itu terbuka kepada semua bangsa dan peringkat usia serta boleh menjadi platform merapatkan hubungan rakyat Malaysia. Bersukan boleh menyatupad­ukan masyarakat dan dengan pembabitan ramai artis pada hari larian itu nanti, diharapkan dapat memberi inspirasi kepada peminat untuk turut serta,” katanya.

Antara artis lain yang menyertai larian itu ialah XPDC, Tunku Anis, Ropi, Watie Elite, Joey, Beego, Linda, Keena Mentor, Alif

AF, Nas Adilla, Siraj Alsagoff, Rizal Kilauan Mas, Nas Kilauan Mas, Zarina Raja Lawak, Munir Phyne Ballers dan Abam Bocey.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga menyertai larian itu.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia