Harian Metro

AZIZ KE KULIAH SEMULA

- Amirul Haswendy Ashari haswendy@hmetro.com.my

Tunai janji sambung pengajian jurusan ekonomi selepas

setahun menyanyi

Selepas setahun melebarkan sayap dalam dunia muzik malah ‘memujuk’ ibu bapa berhijrah dari Brunei ke Kuala Lumpur, kini tiba masa penyanyi, Aziz Harun, 20, menunaikan janjinya.

Penyanyi dikenali melalui lagu Beautiful dan Senyum ini berkata, dia pernah berjanji kembali meneruskan pengajian selepas setahun bergelar penyanyi.

“Bermula bulan ini, saya meneruskan semula pengajian dalam jurusan ekonomi di sini.

“Selepas setahun pengajian di sini, saya akan habiskan baki dua tahun di universiti luar negara pula,” katanya.

Baginya, janji itu tidak boleh dilengahka­n kerana pelajaran penting walaupun muziknya mula diterima peminat.

Aziz yang terbabit dalam siri jelajah Jimba Fest Tour bermula 16 September ini mengakui, tiada masalah untuk membahagik­an masa antara pelajaran dan karier nyanyian kerana kebanyakan tawaran persembaha­n berlangsun­g pada hujung minggu.

Hal sama dikongsi tatkala berkirakir­a menyambung pelajaran di Universiti Cardiff, United Kingdom (UK) dalam dua tahun lagi.

“Tahun pertama di sini mungkin tiada masalah untuk meneruskan kerjaya muzik sebab masih ada masa pada hujung minggu.

“Apabila ke UK nanti, saya tidak mahu kerjaya muzik ‘bersara’ begitu saja. Dua tahun memang lama,” katanya.

Menurut Juara Bintang Kecil 2009 ini, selain berkongsi perkembang­an terbaru menerusi laman sosial, dia juga merancang meneruskan aktiviti seni sepanjang berada di UK.

Dia yang baru muncul dengan single Jangan ciptaan bersama Faizal Tahir, Ezra Kong, Mike Chan dan Romeo berkata, berkemungk­inan besar dia bekerjasam­a dengan

Faizal menerbitka­n lagu di sana.

“Kami mungkin cari studio di sana untuk memudahkan kerjakerja penerbitan lagu. Saya pun bukannya belajar setiap hari. Pasti ada masa untuk diri sendiri,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai Jimba Fest Tour, Aziz bercadang tampil dengan kelainan berbanding tahun lalu. Antaranya membuat persembaha­n dengan iringan pemuzik, bukan secara ‘minus one’.

Dia akui pengalaman menyertai siri jelajah itu pada tahun lalu sangat menarik dan teruja untuk beraksi lagi.

Selain itu, dia juga mahu keluar daripada zon selesa terutama aspek muzik. Terkini, Aziz baru saja melancarka­n single duet bersama Hanna Delisha berjudul Hana.

Lagu duet itu dijadikan lagu tema sebuah telefilem yang akan ditayangka­n bulan ini.

“Jika sebelum ini saya lebih cenderung pada pop balada, dalam lagu ini saya cuba pop rock.

“Lagipun Hanna yang juga bintang utama telefilem itu sukakan lagu ini,” katanya.

 ?? FOTO: ??
FOTO:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia