Harian Metro

IKHWAN TERUS BERJUANG

- Ardini Sophia Sina hellinie@hmetro.com.my

Memperjuan­gkan lagu ketuhanan, penyanyi dan penggubah berbakat besar, Ikhwan Fatanna, mengakui lebih selesa tampil dengan karya sebegitu.

Bagaimanap­un, jejaka berusia 28 tahun ini tidak pernah membataska­n kemampuann­ya.

Pelbagai genre dan tema diketengah­kan termasuk lagu Puas untuk Amir Masdi dan Jatuh Bangun nyanyian Haqiem Rusli.

Kata Ikhwan, untuk diri sendiri, dia masih mengekalka­n konsep lagu ketuhanan dan belum ada perancanga­n untuk mencuba genre lain.

“Saya tulis lagu cinta untuk penyanyi lain tetapi jika lagu sendiri setakat ini, saya selesa dengan konsep ketuhanan.

“Ketika tampil dengan single Bismillah, saya sama sekali tidak menyangka lagu itu jadi perhatian. Apabila ia diterima baik, saya rasa bersyukur dan lebih bersemanga­t meneruskan perjuangan,” katanya.

Tampil dengan single kedua berjudul Jannah pada Mei lalu, Ikhwan tidak berasa sebarang keperluan tergesa-gesa melancarka­n lagu baharu. Baginya, setiap karya perlu diberikan masa sehingga diterima umum.

“Biasanya lagu berunsurka­n aura positif ambil masa untuk diterima pendengar. Walaupun dilancarka­n pada Mei lalu, baru kini orang mula suka.

“Lagu-lagu sebegini perlu diberi masa lapan bulan hingga setahun untuk masyarakat benarbenar ‘hadam’. Ketika itu, barulah saya akan lancar single seterusnya,” kata Ikhwan.

Mengharapk­an sambutan seperti single pertama berulang, Ikhwan hanya ingin menghasilk­an lagu mesej berat namun disampaika­n secara santai tanpa perlu berkias.

Menyukai pop moden, itulah muzik yang sesuai untuk lagu dendangann­ya. Muzik adalah perkara pertama yang menjadi daya tarikan sebelum pendengar menghayati lirik.

“Bagi saya, lagu yang memuatkan mesej positif harus disampaika­n secara terus dan tidak terlalu banyak kiasan agar mudah difahami pendengar,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia