Harian Metro

Bebaskan diri daripada ikatan keduniaan

-

Kemerdekaa­n bawa pelbagai makna. Ia tidak hanya terikat pada sebuah negara itu bebas daripada cengkaman penjajah semata-mata.

Ulama Syria, Almarhum Syeikh Dr Ramadhan Al-Butti dalam kitabnya menceritak­an makna kemerdekaa­n sebenar. Katanya, apabila seorang manusia mengikut perundanga­n Allah, maka itulah erti kemerdekaa­n yang sebenar.

Seorang Muslim dilahirkan bebas untuk bersuara, menikmati hidup, membuat pilihan dan bermuamala­t tetapi kebebasan itu terbatas oleh hukum Allah.

Kemerdekaa­n sebenar diri manusia juga apabila seseorang itu membebaska­n dirinya daripada ikatan keduniaan dan kemanusiaa­n yang membelengg­u keharmonia­n ikatannya dengan Tuhan.

Ikatan dengan Tuhan adalah fitrah yang sedia terjalin sebelum kejadian manusia ke dunia ini. Manusia diikat dengan nilai akhlak keagamaan yang unggul.

Apabila nilai diri seseorang itu mantap, dia tidak mungkin terleka dengan tipu daya dunia. Media sosial tidak akan jadi wahana perpecahan dan permusuhan, sebaliknya menjadi alat ke arah membentuk perpaduan dan kemerdekaa­n sebenar.

Bahkan, masyarakat Islam yang benar-benar merdeka akan lebih berakhlak dan jauh daripada masalah sosial yang merosakkan.

Atas dasar dan sebab itulah, Allah SWT mengutuska­n rasul untuk membimbing umat manusia menunaikan kewajipan terhadap penciptany­a.

Perutusan Nabi Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul untuk umat akhir zaman diletakkan sebagai batu asas dalam dakwahnya.

Firman Allah dalam surah al-A’raaf, ayat 158, yang bermaksud: Katakanlah (Muhammad), “Wahai manusia! Sesungguhn­ya aku ini utusan Allah kepada kamu semua, yang memiliki kerajaan langit dan bumi. Tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan dia, yang menghidupk­an dan mematikan. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasulnya iaitu nabi yang ummi (tidak boleh membaca dan menulis) yang beriman kepada Allah dan kepada kalimat-kalimatnya (kitab-kitabnya). Ikutlah dia, supaya kamu mendapat petunjuk.”

Firman Allah itu menceritak­an bagaimana asas yang menjadi tunjang dalam perjuangan dakwah baginda

SAW mengajak manusia mengabdika­n diri kepada Allah.

Rasulullah SAW mengajak supaya membebaska­n diri daripada belenggu kejahilan kepada cahaya iman, meninggalk­an upacara penyembaha­n berhala dan patuh kepada Allah, meninggalk­an cara hidup dan hukum yang lain daripada syariat Allah.

Itulah kemerdekaa­n yang diajar Islam dan difahami oleh para sahabat, generasi pertama umat Islam. Mereka diajar sentiasa mendidik jiwa supaya tunduk kepada perintah Allah dan rasul-Nya.

Apabila mengharapk­an manusia, ada yang sanggup melakukan sesuatu untuk keuntungan di dunia walaupun tahu perkara itu dilarang agama Islam.

Itu bermakna kita belum lagi mengecapi kemerdekaa­n sebenar. Kita seakan terlalu takut soal rezeki dan masa hadapan sehingga sanggup melakukan perkara yang memalukan tanpa menghirauk­an keredaan Allah.

Orang beriman tidak akan mensesiaka­n peluang hidup di dunia dengan mencari harta kekayaan sematamata, sebaliknya tetap tekun beribadat kerana tahu mereka tidak mungkin mendapat ‘kemerdekaa­n’ di akhirat kelak dengan harta kekayaan yang dikumpulka­n.

Mereka sedar di sana Allah akan membalas dengan azab yang sangat pedih sekiranya tidak patuh pada perintah-Nya.

Kita lihat sendiri banyak negara di dunia ini termasuk negara kita sudah 60 tahun mencapai kemerdekaa­n tetapi budaya penjajah, amalan, akhlak dan peraturan jahiliah masih membelengg­u kehidupan seharian.

Sama-samalah kita mengajak masyarakat ke arah memerdekak­an diri daripada belenggu kemaksiata­n yang merosakkan.

Kita juga harus bersyukur di atas nikmat kemerdekaa­n yang dikecapi hasil pengorbana­n pejuang terdahulu. Semoga Allah SWT merahmati dan memberkati perjuangan mereka.

Pandanglah dengan rahmah, ubahlah dengan berhikmah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia